Buletin

CHEVROLET CAMARO 2016

Chevrolet Camaro adalah antara jentera ikonik milik pengeluar automotif Amerika Syarikat. Tentunya model tersebut cukup dikenali kerana prestasi yang ditawarkan.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (6)

Ketika pertama kali diperkenalkan kepada umum pada 1967, Chevrolet memutuskan untuk menamakannya sebagai Camaro. Camaro dalam bahasa Perancis bermaksud kawan atau peneman.

Camaro kini sudah memasuki generasi keenam. Model berkenaan tampil lebih berotot dan maskulin.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (3)

Bahagian hadapan Camaro didatangkan dengan gril cross-car hasil dari signatur generasi pertama.

Camaro 2016 berdiri di atas platform Alpha yang turut digunakan pada Cadillac ATS dan CTS. Platform itu memberikan pengendalian yang dinamik.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (4)

Chasis yang kompak menyumbang kepada pengurangan berat Camaro sebanyak 91kg bagi setiap model. Ia dicapai menerusi penggunaan komponen suspensi aluminium, jarak roda dan panjang keseluruhan yang lebih pendek.

Penambahbaikan tersebut telah mengukuhkan struktur Camaro sebanyak 28 peratus. Sekali gus membolehkan Camaro SS merekodkan pusingan terpantas berbanding generasi sebelumnya.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (5)

Lampu depan dan belakang didatangkan standard dengan projektor beam halogen. Sementara model RS dan SS dipadankan dengan HID projector-beam pada lampu depan dan LED untuk lampu belakang.

Bahagian kabin turut diperbaharui. Camaro masih menggunakan kluster peralatan dual-binnacle-style. Tetapi dilengkapi dengan skrin baharu berukuran lapan inci resolusi tinggi bersama paparan navigasi dan ciri hiburan.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (7)

Tiga pilihan enjin disediakan iaitu 2.0L Turbo, 6.2L V8 dan 3.6L V6. Enjin V6 mampu menghasilkan kuasa 335hp dan tork 284lbft. Agihan kuasa ke roda dilakukan oleh transmisi automatik lapan kelajuan.

Bagi enjin yang lebih besar, V8 menghamburkan kuasa sehingga 455hp dan tork setinggi 455lbft.  Sementara enjin 2.0L Turbo memiliki kapasiti kuasa 275hp dan tork 295lbft.

chevrolet-camaro-2016-mekanika (2)

Enjin V6 dan V8 ditawarkan dengan peringkat suara mekanikal – resonator yang mengarahkan suara pancitan bahan api dari ruang enjin ke dalam kabin. Kedua-dua enjin tersebut lengkap dengan dua mode ekzos yang memiliki  kawalan penutup udara secara elektronik melalui peredam ketika memecut.

Ini memberikan prestasi dan tingkat suara lebih baik. Dengan mode berkenaan, pemandu dapat menetapkan bunyi ekzos dengan sendiri. Bermula dari mode “stealth” hingga yang  agresif atau “track”.

Camaro baharu bakal dipasarkan pada April 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button