Buletin

CITROEN C4 PICASSO – RM148,888

Naza Euro Motors memulakan tahun 2016 dengan pelancaran model MPV Citroen C4 Picasso.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (7)

Ini merupakan model MPV kedua selepas C4 Grand Picasso diperkenalkan pada tahun lalu. Dibangunkan di atas platform modular EMP2, MPV ini menawarkan ruang kabin luas, mewah serta rekaan luaran yang menarik.

C4 Picasso dikuasakan oleh unit enjin 1.6 liter turbo. Mampu menghasilkan kuasa 165PS dan tork 240Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (12)

Enjin THP 165 menawarkan penjimatan 17.3km/l dan emisi 130g/km.

Berbeza dengan C4 Grand Picasso, jentera ini mempunyai kapasiti lima tempat duduk. Bahagian kokpit nampak futuristik dengan dua skrin iaitu touchpad bersaiz tujuh enci dan skrin HD panoramik 12 inci pada papan pemukanya.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (6)

C4 Picasso juga sarat dengan teknologi keselamatan. Antaranya termasuklah sistem brek ABS, EBD, EBA, ESC dan enam beg udara.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (10)

Naza Euro Motors mensasarkan untuk menjual 90 unit C4 Picasso pada tahun ini. Ia mewakili 30 peratus daripada sasaran keseluruhan sebanyak 300 unit untuk tahun 2016.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (8)

Jentera ini didatangkan dalam empat warna iaitu putih, biru, kelabu dan merah. Berharga RM148,888 seunit, C4 Picasso hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

“Kami tidak merancang untuk menambah bilik pameran, tetapi akan memperkenalkan dua lagi model baharu pada tahun ini,” kata Pengurus Besar Naza Euro Motors, Lionel P. Jayasinghe.

Citroen-C4-Picasso-mekanika (11)

Mengulas mengenai kenaikan harga, Lionel mengakui bahawa harga kenderaan Citroen naik sebanyak tiga peratus untuk tahun 2016.

GALERI

Citroen-C4-Picasso-mekanika (3)Citroen-C4-Picasso-mekanika (5)Citroen-C4-Picasso-mekanika (9)

Google ads
Back to top button