Modifikasi

HONDA ACCORD SM4 USDM

Kalau anda nak tahu, sekarang dah jadi trend kereta-kereta lama Honda di Amerika Syarikat (AS) dibuat semula dengan pelbagai konsep seperti karat, slam, hellaflush dengan enjin tanpa wayar dan bay berkilat-kilat.

Honda-Accord-SM4-mekanika (4)

Serius, satu masa dulu saya pandang sipi-sipi sahaja model macam Accord CA5, Integra DA6, Civic Shuttle, 2nd Gen dan City turbo.

Pengaruh model lama Honda di AS sangat kuat. Sejak 10 tahun lalu, banyak perkakasan yang hanya boleh diperolehi di sana sahaja. Masuk enjin K20 dalam EK tidak lagi satu masalah apabila kit cagak enjin dijual dengan banyak. Drive shaft pun perlu potong dan kimpal lagi, beli dan pasang sahaja pada kotak gear. Selesai.

Honda-Accord-SM4-mekanika (12)

Berbeza di Malaysia, kereta macam Honda SM4 sangat tidak popular. Sebab itulah, apabila nampak kereta ini di Johor, bersungguh saya nak tengok dari dekat. Pada hal di sebelahnya sebuah Nissan GTR.

Selepas berpeluang memandu uji kereta ini sekejap, satu perkara yang mesti saya puji ia lebih senyap dari sebuah Myvi tahun 2010. Satu perkara yang saya perasan pada kereta-kereta lama Jepun memang kualiti kemasan dan pemasangannya memang terbaik.

Honda-Accord-SM4-mekanika (14)

Pada peringkat awal pengubahsuaian, pemiliknya Zulkhairi memilih enjin H22A untuk menggantikan enjin 2.0 liter Si-T yang sangat moden masa kereta ni diperkenalkan. Ini ialah Accord pertama yang menggunakan teknologi pancitan pada model facelift 1992, sebelum SV4 mengambil alih posisi sedan paling besar Accord pada masa tu.

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan asal dengan sedikit penyesuaian. Ekzosnya daripada paip RSR, air filter AZR bersama powerchamber Zeroto1000 dan muffler Mugen Twin Loop.

Honda-Accord-SM4-mekanika (2)

Antara kelebihan Accord lama ialah sistem suspensinya bukan sahaja selesa malah cukup stabil. Tengok saja bahagian undercarriage kereta yang bersimpang-siur dan  menyokong banyak bahagian.

Keadaan itu menyebabkan ruang dalaman mengecil kalau dibandingkan dengan model-model baru, tetapi pengendaliannya agak ke laut. ZulKhairi menggantikan set suspensi asal kepada Mugen soft-hard.

Honda-Accord-SM4-mekanika (11)

Ruang arca tayar yang agak besar membolehkan banyak saiz rim digunakan. Ini ialah Black Racing Pro N1 16 inci yang dibalut tayar Potenza Re01. Sementara brek pula ialah set brek 4 pot Wilwood di depan dan cakera bersama caliper Honda CB7 asal di belakang.

Honda-Accord-SM4-mekanika (13)

Bahagian dalaman dipasang dengan papan pemuka sepesifikasi AS. Tempat duduk  pilihan Zulkhairi ialah Euro R CL1 Recaro. Menambahkan gaya sports ialah meter RPM Defi dengan shiftlight dan stereng Momo Subaru yang diubah suai.

Honda-Accord-SM4-mekanika (9)

Menurut budak-budak Honda, ada banyak opsyen spesifikasi USDM untuk kit badan kereta ini. Bumpar depan dan belakang dengan side marker merah itu buktinya.

Bonet depan buatan karbon terjumpa di kedai half-cut. Skirting kereta Modulo diubah suai daripada Honda Stream RN1. Manakala skirt belakang dan depan daripada EK99.

BACA – HONDA ACCORD SV4 WAGON

BACA – HONDA ACCORD LEVIN 86? PANDA?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button