
KEMPEN SERVIS CNY PROTON
Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Proton menerusi anak syarikatnya, Proton Edar mengadakan promosi untuk pakej servis selepas jualan kenderaannya.
Promosi itu berlangsung sekarang hingga 31 Mac 2-16 di semua pusat servis Proton di seluruh negara.
Untuk menggalakkan pelanggan memeriksa kenderaan sebelum pulang ke kampung, Proton menawarkan pemeriksaan 30 poin percuma merangkumi brek, tali sawat pemasaan, penggilap cermin silikon, klac, penyerap hentak dan bateri. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk alat ganti terpilih.
Kempen ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan terutama melibatkan jarak perjalanan yang jauh sepanjang murim perayaan. Ia turut membolehkan kenderaan Proton yang sudah habis tempoh jaminan diberi pakej servis istimewa.
Maklumat lanjut mengenai promosi terkini Proton, sila layari laman web www.proton-edar.com.my atau hubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398.









