
CRUISE CONTROL DAN BREK GAGAL BERFUNGSI, PEMANDU HAVAL H6 DI CHINA MENANGIS
Seorang pemandu di China berasa lega kerana berjaya keluar dari situasi sukar tanpa sebarang kecederaan. Luo, pemandu Haval H6 berdepan situasi cemas apabila kawalan jelajah Haval H6 tersekat dan brek gagal berfungsi.
Luo memberitahu telah menetapkan kawalan jelajah pada kelajuan 100km/j, namun lebih kurang daripada separuh perjalanannya di Zhuzhou, Hunan, dia mulai menyedari kenderaan itu tidak boleh diperlahankan.
Dengan brek tidak boleh berfungsi dan kawalan jelajah itu tidak dapat dibatalkan, Luo kemudian mula menangis.

Nasibnya baik kerana dapat menenangkan diri sebelum membuat panggilan kepada peronda lebuh raya yang bertindak pantas untuk menangani situasi cemas serta merbahayakan itu.
Selepas mendapat panggilan dari Luo, polis terus menghubungi jurutera di Haval dengan harapan mencari penyelesaian untuk masalah tersebut. Malangnya, di sebalik usaha terbaik daripada semua orang, mereka gagal mencari jalan penyelesaian.
Sememangnya Luo sangat bernasib baik apabila kenderaan itu dikendalikan dengan selamat sehingga ia kehabisan minyak di Guangdong, kira-kira 500km dari tempat dia mula hilang kawalan dan hampir tiga kali ganda lebih jauh berbanding daripada jangkaan Luo.
Selepas semua orang selamat, crossover itu dihantar untuk disiasat secara terperinci dan mencari punca kegagalan sistem kawalan jelajah dan brek.
- BACA: AKSI CEMAS DI CHINA, CRUISE CONTROL TERSEKAT. PEMANDU TERPAKSA PANDU PADA KELAJUAN 126KM/J SELAMA 2 JAM!
- BACA: ADAKAH ADAPTIVE CRUISE CONTROL SESUAI DIGUNAKAN DALAM HUJAN?
- BACA: KENALI CRUISE CONTROL: SISTEM PASIF & ADAPTIF YANG SUPER CANGGIH
- BACA: ADVANCE CRUISE CONTROL PORSCHE TERBARU AKAN MEMBUATKAN JANTUNG BERDEBAR KENCANG





