Buletin

AKSI CEMAS DI CHINA, CRUISE CONTROL TERSEKAT. PEMANDU TERPAKSA PANDU PADA KELAJUAN 126KM/J SELAMA 2 JAM!

Tular satu klip video di China, apabila seorang lelaki memecut pada kelajuan 126km/j selepas kawalan jelajah kenderaannya (cruise control) tersekat. Nasibnya baik, setelah dua jam berada pada kelajuan begitu laju, dia selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pihak polis dalam usaha mereka untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain telah mengosongkan jalan raya di hadapan serta membuka halangan pintu tol bagi memastikan tiada pertembungan kenderaan berlaku.

Dalam menangani situasi cemas tersebut, ia turut dibantu oleh seorang jurutera automotif yang menyampaikan arahan melalui telefon bimbit kepada pemandu tersebut.

Pemandu yang bernama Xie bermati-matian cuba memperlahankan kereta dengan membrek, menukar ke gear neutral, serta mematikan enjin sepenuhnya. Namun masih gagal untuk menghentikan kereta tersebut sebelum terbabas di lebuh raya di wilayah Zhejiang China.

Menerusi klip audio yang tular, Xie kedengaran begitu terdesak serta merayu meminta bantuan dalam panggilan kepada polis. Ketenangan pihak polis menangani situasi tersebut memberi keyakinan kepada Xie bahawa dia akan selamat wajar diberi pujian.

Dengan bantuan seorang jurutera automotif, pihak polis berjaya menghentikan kereta tersebut sebelum mengiringi pemandu tersebut ke cerun yang curam.

Punca kawalan jalajah itu tersekat masih belum dikenal pasti. Xie membuat spekulasi ia mungkin disebabkan oleh teh susu yang  tumpah sejurus sebelum kereta itu hilang kawalan. Insiden itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

“Ini adalah versi kehidupan sebenar filem Speed ​​​​Keanu Reeves,” kata seorang pengguna Weibo.

Dalam kes yang sama empat tahun lalu, seorang lelaki dari China terpaksa memecut di lebuh raya selama lebih sejam selepas kawalan pelayaran Mercedes-Benz C200L miliknya tersekat pada kelajuan 120km/j.

Google ads
Back to top button