
MASA INDAH BERAKHIR SEBELUM BERMULA – NIUTRON NV GAGAL DIHANTAR PADA PELANGGAN, PULANGKAN SEMULA DEPOSIT
Jenama Niutron NEV mengalami beberapa masalah yang teruk selain tidak dapat menghantar kenderaan pertamanya tepat pada masanya. Akibatnya, ia mula memulangkan deposit kepada semua 24,376 pelanggan dan juga menutup kedainya di China.
Niutron ialah jenama NEV mewah yang diasaskan oleh jutawan China iaitu Yan Li. Beliau juga terkenal sebagai pengasas Niu, pembuat skuter elektrik dari China. Niutron memiliki kilang R&D dan pembuatan seluas 770,000 meter persegi di Changzhou, Wilayah Jiangsu, kira-kira 200 km dari Shanghai dengan kapasiti pengeluaran di kilang mencecah mencecah 180,000 unit setahun.
Kenderaan pertama dikeluarkan Niutron adalah SUV NV berasaskan pada platform Gemini serta mempunyai dua versi powertrain. Ia mempunyai dimensinya 4915/1962/1745 mm dengan jarak roda 2910 mm.

Yang pertama adalah elektrik sepenuhnya dengan pacuan dua motor elektrik yang mampu menjana kuasa 381Hp, tork 452Nm, dan 440-560 km jarak CLTC. Ia dijual pada harga AS$39,940 (RM176,055).
Manakala versi kedua pula dilengkapi dengan 1.5 ICE, dua motor elektrik untuk janaan kuasa 367hp, dan julat CLTC sejauh 1257 km. Niutron NV telah dilancarkan pada 8 Oktober pada harga sekitar AS$45,670 (RM201,313).
Baru-baru ini, beberapa khabar angin tentang masalah dihadapi oleh Niutron mula menular dengan cepat. Menurut beberapa media China, ramai pekerja Niutron dari kilang Changzhou telah meletakkan jawatan meskipun syarikat mengatakan bahawa operasi masih berjalan seperti biasa.
Masalah semakin jelas menimpa Niutron apabila Niutron NV tiada dalam katalog Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China. Untuk pengetahuan, setiap pengeluaran kenderaan harus berada di dalam senarai katalog kementerian tersebut sebelum ia dibenarkan berada di atas jalan raya.
Walau bagaimanapun, Niutron menyebut bahawa mereka telah memulakan proses kelulusan katalog, tetapi nampaknya sehingga hampir memasuki tarikh penghantaran, tiada sebarang berita dari kementerian dan juga Niutron sendiri.
Semalam, Niutron menerbitkan surat rasmi, memberitahu bahawa SUV NV tidak akan dihantar tepat pada masanya kerana terdapat beberapa faktor dalaman serta sukar untuk menyelesaikan isu ini dalam waktu singkat.
Oleh itu, Niutron telah mengambil langkah berani dengan mengembalikan deposit kepada pelanggan dalam masa 48 jam dan memberi mereka kad Starbucks bernilai AS$28 (RM123).
Niutron menyebut bahawa ‘perjalanan yang indah berakhir sebelum ia bermula’ sambil menyatakan kenderaan NV akan disediakan ‘seperti biasa’ dan syarikat itu ‘berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang’.
- BACA: NIUTRON NV – SUV ELEKTRIK BAHARU JUGA DARI CHINA
- BACA: SYARIKAT CHINA SHINERAY TIRU SEBIJIK ENJIN EVOLUTION HARLEY-DAVIDSON
- BACA: SYARIKAT CHINA BERMINAT JADIKAN MELAKA HAB PEMASANGAN EV. CADANG JENAMAKAN SEBAGAI EV PERTAMA NEGARA
- BACA: SYARIKAT CHINA DAPAT KONTRAK BINA LAPANGAN TERBANG PHNOM PENH BERNILAI RM1.65 BILION



