Buletin

JOHN MCCLANE KEMBALI DIBURU ANTAGONIS DALAM DIEHARD BAHARU. TAPI IKLAN BATERI KENDERAAN JE

Filem aksi ikonik, Die Hard memiliki peminat setia hampir di seluruh dunia.

Lakonan Bruce Willis sebagai John McClane menumpaskan penjahat pasti dinanti selepas hampir sedekad tidak muncul di layar perak.

Terbaharu, watak tersebut dihidupkan semula tetapi dalam iklan bateri kenderaan DieHard.

Dalam iklan berdurasi 2 minit itu, John McClane terkandas di satu kawasan akibat kegagalan bateri kenderaan.

Apabila dia berjalan menuju Advance Auto Parts, dia perasan Clarence Gilyard Jr. yang mendukung watak antagonis bernama Theo dalam filem Die Hard.

McClane dikepung penjahat sebelum melarikan diri bersama bateri DieHArd merangkak melalui corong udara.

Ketika sedang berlari, sebuah limosin yang dipandu Argyle pula melanggar McClane.

Selepas aksi kejar-mengejar, duo berkenaan kembali pada kenderaan McClane yang rosak sambil dia melemparkan bom tangan pada excavator dikendalikan Theo.

Apabila berjaya menyelamatkan diri, Argyle telah mencuri kata-kata ikonik McClane dengan berkata yippie ki yay.

Biarpun, ia hanyalah sebuah iklan pendek,  tetapi dapat mengubat rindu buat peminat-peminat Die Hard. – agensi

Google ads
Back to top button