Buletin

JPJ PULAU PINANG SITA TIGA MOTOSIKAL, UBAH SUAI SECARA EKSTREM DAN GUNA TAYAR SOTONG

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini menjalankan risikan khas Operasi Lejang, dengan kerjasama Pasukan Falcon.

Menerusi operasi berkenaan, pihak JPJ telah menahan dan menyita tiga motosikal Yamaha 125 ZR yang diubah suai secara ekstrem termasuk menukar tayar kecil atau ‘tayar sotong’.

Tambahnya, penggunaan ‘tayar sotong’ adalah digunakan untuk aktiviti rempit dengan pelbagai aksi berbahaya dan berisiko tinggi kepada kemalangan maut.

“Sanggup sewa lori dari Alor Setar, Kedah ke Plaza Tol Bagan Ajam, Pulau Pinang, semata-mata mahu membawa motosikal diubah suai untuk ‘merempit’,” katanya.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati aktiviti secara berkumpulan ini turut membabitkan jumlah penonton remaja yang agak ramai menyaksikan aksi menunggang atas injak-injak dengan pelbagai gaya mengerikan dan berbahaya,” ujarnya.

Menurutnya, bagi mengelak dikesan penguat kuasa, kumpulan itu juga sanggup membelanjakan wang untuk membiayai kos pengangkutan iaitu lori untuk mengangkut motosikal berkenaan dari Alor Setar, Kedah ke Plaza Tol Bagan Ajam.

“Motosikal itu digunakan untuk menyertai aktiviti rempit berbahaya pada malam minggu dengan mempamerkan aksi-aksi liar supaya kumpulan terbabit lebih dikenali dan popular dalam kalangan penunggang motosikal selain menaikkan imej bengkel membuat modifikasi motosikal mereka.

“JPJ juga mendapati kumpulan ini bergerak aktif dengan kehadiran peminat mereka dari pelbagai kumpulan kapcai dari negeri-negeri berhampiran Pulau Pinang bagi mendengar dentuman enjin dan tren modifikasi terkini.

“Ahli kumpulan berkenaan yang diperiksa dalam operasi itu didapati berusia seawal 14 tahun hingga 30 tahun,” katanya.

JPJ akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta 333 dan peraturan di bawahnya, atas kesalahan itu termasuk pengubahsuaian ekstrem.

Ia termasuk kesalahan seperti pergerakan melawan arus, pengubahsuaian ekzos, ukuran saiz tayar, swing arm, tiada nombor pendaftaran, tiada nombor casis atau enjin, tiada brek, lampu hadapan dan belakang serta kesalahan teknikal lain. – Harian Metro

Google ads
Back to top button