
DAIMLER MUNGKIN TAMATKAN JENAMA SMART HUJUNG TAHUN INI
Daimler AG dilapor akan menentukan nasib jenama Smart pada hujung tahun ini.
Memetik laporan akhbar Handelsblatt, Daimler yang bertanggungjawa memasarkan jenama Mercedes-Benz dikatakan sudah hilang sabar dengan jenama kereta mikro tersebut.

Ketua Pegawai Ekskutif Daimler, Ola Kallenius yang akan menggantikan Dieter Zetsche pada Mei depan tidak mempunyai sejarah dengan Smart dan tiada masalah untuk membunuh jenama itu sekiranya perlu.
Sejak dilancarkan pada tahun 1998, Smart telah menghabiskan berbilion euro. Daimler bagaimanapun tidak mendedahkan prestasi kewangan Smart.

Dalam usaha penstrukturan terbaharu jenama itu, Daimler mula menukar Smart menjadi jenama urban mobility elektrik sepenuhnya. Tetapi langkah itu memerlukan belanja yang amat besar.
Bagi mengurangkan kos pembangunan, Daimler cuba membantu membina dua model sedia ada Smart iaitu ForTwo dan ForFour dengan Renault Twingo. Namun, Renault dikatakan mungkin menarik diri daripada kerjasama tersebut.
Tahun lalu, jualan global Smart jatuh 4.6 peratus kepada 128,802unit.

Penamatan jenama Smart dilihat perlu kerana ia mencatat kerugian sebanyak 500 hingga 700 juta euro setahun.
“Kami tidak nampak bagaimana perniagaan kereta kereta mikro Jerman ini boleh menjana keuntungan, kosnya terlalu tinggi,” kata agensi kajia selidik lapor Everscore ISI.
Smart ditubuhkan pada tahun 1994 dan dilancarkan empat kemudian. Ia merupakan anak syarikat Daimler yang berpangkalan di bandar Boblingen, Jerman. Buat masa sekarang, Smart dipasarkan di lebih 40 buah negara di seluruh dunia.
- BACA: LELAKI JERMAN INI GUNAKAN DUA BUAH KERETA SMART UNTUK MEMASTIKAN LALUAN KELUAR MASUK BELIAU TIDAK TERHALANG – KAYO KAU JANG
- BACA: ANDA BOLEH DAPATKAN SmartTAG PELBAGAI JENAMA MULAI OKTOBER – ADAKAH HARGANYA LEBIH MURAH & TAHAN LAMA?
- BACA: BAS SEKOLAH KUNING DI AS INI RUPANYA MILIK DAIMLER DAN AKAN GUNA BATERI