
HONDA LANCAR CBR250RR DI THAILAND. CBU JEPUN, RM32,000 SEUNIT
Pengedar motosikal jenama Honda di Thailand, AP Honda Thailand melancarkan secara rasmi model supersport Honda CBR250RR secara rasmi pada acara Bangkok International Motor Show 2019 yang sedang berlangsung sekarang di Bangkok.
Dibawa masuk dalam bentuk CBU dari Jepun, jentera itu ditawarkan pada harga yang cukup tinggi untuk sebuah motosikal 250cc iaitu sekitar 249,000 baht (RM32,111) seunit. Sebagai perbandingan, model CBR250RR dijual pada harga bermula RM17,250 di Indonesia.

Harga itu agak mengejutkan kerana kedua-dua jentera itu menggunakan enjin sama bersesaran 249.7cc yang mampu menjana kuasa 38PS dan tork 23Nm. Ia juga mengaplikasi sistem elektronik dengan tiga mode tunggangan iaitu Comfort, Sport dan Sport+ serta brek ABS dua saluran. .
Satu lagi perkara pelik ialah CBR250RR ada dipasang di kilang PT Astra Honda Motor (AHM) di Karawang Indonesia. Jadi kenapa pula motosikal ini perlu ke Jepun dulu sebelum mendarat di Thailand.
Thailand menjadi negara ketiga yang menawarkan model ini selepas Indonesia dan Jepun.

Antara perbezaan ketara di antara keduanya ialah lampu hadapan yang kini tampil lebih menarik.
Mereka yang berminat untuk memiliki CBR250RR perlu membayar yuran tempahan sebanyak 2,500 baht (RM322) dan 5 peratus wang pendahuluan jika mahu membelinya secara pinjaman.
Berbeza dengan Indonesia, CBR250RR di Thailand hanya didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan merah.
Dalam perkembangan berkaitan, AP Honda turut melancarkan versi 250cc bagi menggantikan CBR300R satu selinder yang dipasang di Thailand.
- BACA: GAIKINDO 2016: HONDA CBR250RR TERIMA 1,200 UNIT TEMPAHAN DALAM MASA DUA MINGGU!
- BACA: HONDA CBR250RR DI MOTOGP SEPANG : KE PASARAN MALAYSIA? INI JAWAPAN YANG KAMI TERIMA
- BACA: INSPIRASI INDONESIA – HONDA CBR250RR CARBON KILLER