Buletin

VOLKSWAGEN BAKAL LANCAR KERETA SPORTS ELEKTRIK 680 HP?

Volkswagen sebelum ini pernah hadir dengan beberapa buah model konsep kereta sports seperti W12 Nardo dan XL Sport, namun sayang sekali ia tidak pernah direalisasikan.

Namun dalam era kenderaan elektrik, ia mungkin akan menjadi kenyataan berdasarkan bayangan yang diberikan oleh Volkswagen di dalam siaran media globalnya.

Selain daripada mengumumkan pembangunan motor elektrik dan sel bateri tersendiri, VW juga kini sedang membangunkan sistem pengurusan haba dan penyongsang denyut (pulse inverter) yang boleh diadaptasikan pada EV biasa dan kereta sports.

Difahamkan, VW sudah menjalankan kerja-kerja pembangunan untuk teknologi yang sangat menarik ini, dan ia dikatakan bersedia untuk kenderaan elektrik generasi baharu yang akan menggunakan platform MEB yang ditambahbaik (atau MEB Evo).

Menurut VW, kereta sports sifar emisi itu dikatakan mampu menjana kuasa sehingga 680 hp dan mampu memberikan saingan kepada model-model yang ada di pasaran seperti Porsche Taycan Turbo.

Platform yang dikemaskini itu bakal menurunkan kos pembangunan kenderaan baharu VW sebanyak 20 peratus.

Secara realistiknya, VW berkemungkinan besar akan memberikan laluan kepada model-model volum tinggi seperti SUV, sedan dan hatchback sebelum menumpukan perhatian kepada kereta sports yang dicanang-canang pada ketika ini.

Melihat kepada VW Group secara keseluruhan, kereta sports elektrik VW ini mungkin sekali akan muncul pada tahun 2025 semasa Porsche memperkenalkan model pengganti 718 Boxster/Cayman.

Google ads
Back to top button