Buletin

TEMAN LELAKI BERASA PELIK, MAKWE HADIAHKAN WALL CONNECTOR TESLA

Seorang gadis dari Shanghai membeli hadiah berupa wall connector Tesla untuk teman lelakinya sempena Hari Kekasih walaupun dia tidak memiliki kereta Tesla.

Kisah itu dikongsi secara meluas di media sosial China dan laman web berita kereta, selepas teman lelakinya kebingungan mengenai hadiah yang diterimanya.

Gadis itu menjelaskan bahawa teman lelakinya sangat menyukai jenama Tesla dan hadiah tersebut sebagai motivasi untuk bekerja keras mendapatkan Tesla idaman.

“Ia sangat tidak perlu tetapi apa pun saya mahu berterima kasih kepada teman wanita saya,” ucap lelaki tersebut.

Wall connector ialah pengecasan yang membolehkan anda mengecas kenderaan semalaman di rumah. Dengan wall connector, Tesla menyatakan bahawa ia mampu menempuh jarak perjalanan sehingga 44 batu untuk satu jam pengecasan.

Secara purata, pemilik Tesla boleh menjangkakan sekurang-kurangnya jarak tempuh 267 batu pada satu pengecasan penuh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk, bateri Tesla sepatutnya bertahan selama 300,000 hingga 500,000 batu.

Untuk harga, gadis itu telah membelanjakan hampir AS$1,050 (RM4,660) dan sekiranya si teman lelaki mempertimbangkan membeli Tesla Model 3 RWD buatan China, ia boleh dimiliki pada harga AS$33,380 (RM148,173).

Google ads
Back to top button