Buletin

DENZA RASMI BILIK PAMERAN BAHARU DI OLD KLANG ROAD

Sime Motors melangkah setapak ke hadapan dalam dunia mobiliti elektrik premium dengan pelancaran rasmi bilik pameran perdana DENZA di Old Klang Road.

Menampilkan reka bentuk moden dan bersepadu, pusat pameran baharu ini dibina khusus bagi memperkenalkan DNA rekaan dan teknologi DENZA kepada pelanggan tempatan.

Dengan keluasan 8,165 kaki persegi, ruang ini mampu mempamerkan enam model terpilih secara serentak, di samping menawarkan ruang istirahat eksklusif dan lima petak servis yang lengkap.

Malam Gala pembukaan menjadi pentas eksklusif untuk pelanggan dan rakan niaga merasai sendiri kelainan pusat pameran ini – lengkap dengan hiburan khas, sajian gourmet, dan suasana penuh gaya.

Sime Motors turut membuka ruang kepada orang ramai untuk mengunjungi pusat ini pada 7 dan 8 Jun, dengan pelbagai aktiviti interaktif serta promosi terhad sempena pelancaran.

Menariknya, selari dengan janji DENZA untuk menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih praktikal, jadual servis berkala pertama ditetapkan pada 20,000 km atau setahun – satu jarak yang lebih panjang berbanding kebiasaan, sekaligus memberikan kemudahan tambahan kepada pemilik.

Langkah ini bukan sahaja menegaskan komitmen Sime Motors dalam memperkenalkan mobiliti elektrik berkualiti tinggi, tetapi juga memperlihatkan kesungguhan mereka membina ekosistem yang menyokong gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Google ads
Back to top button