Buletin

DIGANTUNG KERJA KERANA BERI BERUK PANDU BAS

Seorang pemandu bas di Banglore, India digantung kerja kerana dirakam membenarkan seekor beruk memandu sebuah bas.

Video yang tular itu mencetuskan kemarahan dan ketawa dalam kalangan netizen. Rakaman oleh seorang penumpang menunjukkan Prakash, tersenyum dan mengusap beruk yang duduk di atas stereng bas tersebut.

“M Prakash telah digantung kerja keraan tindakannya itu. Keselamatan penumpang adalah keutamaan dan dia tidak boleh meletakkan nyawa mereka dalam risiko dengan membiarkan beruk memandu bas berkenaan,” kata jurucakap syarikat pengangkutan kerajaan di negeri Kartanaka, T.S Latha.

Insiden dikatakan berlaku pada Isnin, tetapi pihak berkuasa hanya tahu mengenainya selepas video itu tular di laman sosial. Ketika ia berlaku, terdapat 30 orang penumpang dan tiada siapa pun yang membuat aduan. Bas itu dalam perjalanan sekitar Davangere, kira-kira 270km dari Banglore.

“Kenapa perlu gantung? Dia sepatutnya hanya perlu diberi amaran supaya tidak mengulanginya,” kata Parag Heda di tweeter.

Pihak berkuasa pengangkutan negeri menyatakan mereka sedang menyiasat insiden terbabit.

Tags
Google ads
Back to top button