Buletin

MALAYSIA JUARA PERADUAN CASTROL ASIA PACIFIC CARS SUPER MECHANIC 2018

Pencarian untuk mekanik kereta terbaik di rantau ini menyaksikan pasukan Malaysia yang dianggotai oleh Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun dinobatkan sebagai Juara Serantau peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018!

Peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 bermula dengan Pusingan Kebangsaan pada Mac, di mana hanya 15 mekanik kereta Castrol dipilih ke peringkat akhir untuk bersaing di dalam cabaran teori dan praktikal.

Tiga Juara Utama Kebangsaan kemudian membentuk satu pasukan bagi mewakili negara. Mereka perlu bersaing dengan wakil dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan India.

Pada Peringkat Akhir Serantau,  lima Pasukan Kebangsaan menjalani empat tugasan rumit berasaskan had masa. Selepas sesi Kuiz Teori, pasukan terpaksa berlumba untuk mempamerkan kemahiran praktikal dalam penyenggaraan enjin kereta.

Di samping pengetahuan teknikal mengenai cara menukar minyak enjin, menggantikan bahagian-bahagian enjin, melakukan diagnosis dan menyelesaikan masalah enjin dalam tempoh paling singkat.

Penalti masa dikenakan ke atas pasukan yang melakukan sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya cabaran, misalnya minyak tumpah.

Selepas berhempas-pulas, Malaysia akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya menghidupkan enjin, seterusnya melahu kereta selenggaraan mereka. Ini sekali gus menyempurnakan tugasan akhir dalam peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018.

“Peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 merupakan pertandingan yang paling mengujakan setakat ini dengan penglibatan pakar kereta Castrol terbaik dari rantau ini.

“Kami harap pengalaman ini akan membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,’’ kata Pengarah Pemasaran Serantau BP/Castrol Asia & Pacific, Shyam Balasubramanian.

Selain hadiah utama, pemenang juga akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menyertai kru pit pasukan Renault Sports Formula One Team semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura, bulan ini.

“Kami sangat gembira kerana dapat mewakili negara dan seterusnya memenangi peraduan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018!

“Kami sangat teruja untuk menyertai kru pit pada F1 Grand Prix di Singapura nanti dan berharap dapat mempelajari sebanyak mungkin daripada mekanik-mekanik terbaik di dunia,” kata Low Pai Khoon.

Pasukan dari Thailand dan India, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Google ads
Back to top button