Buletin

HONGQI BAKAL LANCAR BAS BAHARU – HONGQI QM7, BANYAK KEMASAN KROM, 303HP

Selepas 30 tahun tidak melancarkan pengeluaran bas baharu, jenama ikonik dari China, Hongqi, kini kembali memperkenalkan model baharu iaitu QM7.

Bas mewah ini mempunyai dimensi 7,295mm (panjang), 2,090mm (lebar), 2,785mm (tinggi) dan jarak roda pada 3,990mm.

Dari segi reka bentuk, ia tampil dengan gril besar bersalut krom, lampu nipis, cermin sisi yang terletak di bawah cermin hadapan selain, terdapat tulisan Hongqi dalam bahasa Cina (红旗).

Selain itu, di bahagian sisi QM7 juga dikemaskan dengan krom dan lencana Hongqi sementara dari belakang, kita dapat melihat lampu belakang berbentuk menegak, penderia tempat letak kereta serta kamera pandangan belakang.

Meskipun bahagian dalamannya belum siap sepenuhnya, tetapi menerusi imej disiarkan oleh MIIT China, ia bakal didatangkan bersama tempat duduk jenis kulit (mirip MPV hongqi HQ9), stereng bulat dua jejari, panel instrumen digital, tuil gear dan dua pemegang cawan.

Secara mekanikal, Hongqi QM7 dikuasakan oleh V6 berkuasa petrol pengecas turbo 3 liter yang dipanggil CA6GV30TD-04. Ia berupaya menghasilkan 303hp manakala penggunaan bahan api pula ialah 15.9 L/100km.

Secara keseluruhannya, ia setidaknya mementingkan keselesaan kepada penumpang walaupun beberapa hal penggayaan boleh dipersoalkan.

GALERI:

Google ads
Back to top button