Buletin

ISI MINYAK DENGAN KAD ATM DI PETRON. REBUT PELUANG MENANG PROTON X70!

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Petron untuk menerima pembayaran menggunakan kad ATM di semua pam layan diri di stesen Petron. 

Pelancaran kempen “FUEL-YoooH MyDebit Je with your ATM Card!” diadakan baru-baru ini di Petron Bandar Baru Kulim. 

“Dengan 42 juta kad ATM,  hampir semua orang mempunyai kad ATM yang mereka boleh gunakan untuk membayar minyak. MyDebit merupakan satu-satunya skim kad di malaysia yang tidak ‘memegang’ sebanyak RM200 di pam petrol. 

“Apabila rangkaian jenama petrol menerima pembayaran MyDebit, pengguna boleh memilih jumlah bahan api yang ingin dibeli.

“Jika pelanggan mengisi minyak kurang daripada jumlah yang dipilih pada awalnya, semua jumlah lebihan akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank mereka secara serta-merta selepas isian minyak selesai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PayNet, Peter Schiesser. 

Bagi meraikan penggunaan kad ATM MyDebit di stesen Petron, PayNet dan Petron melancarkan satu kempen untuk memberi ganjaran kepada pelanggan. Sebarang pembelian minimum RM5 menggunakan kad ATM mulai 5 Januari hingga 13 Mac 2020 akan memberikan pelanggan satu penyertaan. 

Peraduan itu menawarkan 84 hadiah menarik, termasuklah dua buah Proton X70. Anda juga berpeluang menjadi salah seorang pemenang mingguan berupa kad Petron bernilai RM500. 

Google ads
Back to top button