
DISNEY SAMAN KEDAI CUCI KERETA KERANA PLAGIAT WATAK STAR WARS – DISNEY KAN
Kedai cuci kereta memang satu perniagaan yang banyak persaingan. Kadang-kadang dalam sebaris blok bangunan tu ada sampai tiga tempat cuci kereta. Jadi tak hairanlah ada pemilik kedai cuci kereta yang sanggup mengeluarkan modal untuk menarik perhatian pelanggan. Malangnya niat seorang pemilik kedai cuci kereta, Matias Jara mengundang bala bila disaman oleh syarikat Disney kerana menggunaka tema dari filem terkenal mereka, Star Wars.

Menurut laporan Reuter, kedai cuci kereta tersebut yang beroperasi di ibu kota Chile, Santiago telah telah hakcipta filem box office terkenal keluaran syarikat tersebut. Malah nama kedai tersebut ‘Star Wars’ mengambil ilham dari filem tersebut begitu juga dengan bentuk tulisannya sekali.
Bukan itu sahaja, kedai tersebut yang tular di media sosial di sana turut menampilkan pekerja-pekerja yang memakai kostum ala watak utama filem fiksyen tersebut seperti Darth Vader, Chewbacca dan Boba Fett. Tengok dekorasi kedai pun memang futuristik habis.

Jara dikatakan sedang cuba mempatenkan kedai cuci kereta beliau dengan pihak berkuasa hakmilik Chile tapi usaha tersebut dikatakan dihalang oleh pihak pegum yang mewakili Disney. Ini kerana mereka tidak mahu francais filem yang dimiliki mereka dikaitkan dengan perniagaan cucian kereta.
Jara mendakwa kedai cuci kereta beliau tidak melanggar hakmilik francais kerana mereka tidak menjual sebarang permainan ataupun barangan bertemakan filem tersebut. Mereka cuma menyediakan perkhidmatan mencuci kereta ala ‘angkasa lepas’.
Mereka bukan sebuah syarikat cucian kereta yang besar lagi ternama tetapi pemiliknya dikatakan mahu mencabar saman daripada syarikat ternama Amerika Syarikat tersebut. Cayalah bang, korang memang beranilah.
Tujuan Jara mahu menarik perhatian memang bagus tapi nampaknya ia turut menarik perhatian dari pihak yang tidak sepatutnya. Patutnya Disney berterima kasih kepada beliau kerana memberikan promosi percuma untuk mereka. Ke macam mana?










