Artikel Pilihan

3 JENIS BATERI YANG DIGUNAKAN OLEH TESLA DAN PENGELUAR EV LAIN

Walaupun kereta elektrik menggunakan bateri untuk menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk kimia, namun tak semua bateri yang digunakan dalam kereta elektrik adalah sama. Ini kerana setiap jenis bateri menawarkan jarak perjalanan yang berbeza dan harga yang berbeza

Tapi secara asasnya bateri dibina daripada bahan yang hampir sama iaitu lithium ion yang turut digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik pada peranti telefon pintar, tablet dan juga komputer riba anda.

Sama seperti enjin pembakaran dalam, kos penghasilan bateri adalah kos terbesar dalam penghasilan kereta elektrik sehingga mencecah 30% menjadikannya leboh mahal berbanding dengan kereta yang menggunakan enjin

Buat masa ini, kebanyakan kereta elektrik Tesla menggunakan 3 jenis bateri dalam pengeluaran mereka. Antaranya ialah:

1. Bateri Nickel Manganese Cobalt – NMC

Bateri NMC adalah bateri yang biasa ditemui pada kebanyakan kereta elektrik pada hari ini. Berdasarkan nama, rekaan katod bateri mengandungi 33% nikel, manganese dan kobalt. Kelebihan NMC ialah ia mampu menampung tenaga yang tinggi, kurang sensitif dengan suhu rendah dan boleh dicaj dengan pantas pada suhu rendah

Antara kritikan yang diterima oleh NMC ialah Kobalt dan Nikel ialah unsur yang dilombong secara tidak beretika di negara membangun, menggunakan buruh paksa kanak-kanak, tidak menggunakan kaedah perlombongan yang selamat dan harganya lebih mahal menjadikan bateri ini sangat mahal.

Pengeluar kenderaan mencadangkan pemilik mengecaj bateri NMC sehingga 80% sahaja untuk kegunaan harian bagi memanjangkan jangka hayat bateri. Sesetengah pengeluar seperti Polestar boleh mengecaj sehingga 90% ubtuk kegunaan harian

Bateri NMC hanya boleh dicaj sehingga 100% ketika perjalanan jarak jauh sahaja untuk memanjangkan jangka hayat bateri.

2. Bateri Nickel Cobalt Aluminium – NCA

Disebabkan kritikan terhadapa etika perlombongan, unsur manganese ditukar kepada unsur yang lebih baik seperti Aluminium. Dari segi jangka hayat, bateri NCA adalah lebih bagus dengan simpanan kuasa yang hampir sama dengan bateri NMC.

Bateri NCA digunakan pada Tesla Model 3 pre-facelift, Model S Liftback dan juga Model X. Walaupu kandungan tenaga adalah tinggi, namun jangka hayatnya adalah lebih pendek dan kos pembuatannya leboh mahal berbanding dengan LFP.

Bagi kegunaan harian, bateri ini dicadangkan untuk dicaj sehingga 90% daripada kapasitinya.

3. Bateri Lithium Iron Phosphate – LFP

Bateri LFP merupakan bateri terkini yang digunakan untuk kebanyakan kereta elektrik mampu milk dan dihasilkan daripada bahan yang lebih mesra alam. Bateri ini digunakan dan diperkenalkan pada kebanyakan model BYD dan digunakan pada model asas Model 3, Model Y dan GWM Ora.

Tidak seperti bateri NMC atau NCA, bateri LFP tidak mengandungi nickel, cobalt dan magnesium menjadikan bateri ini lebih murah untuk dihasilkan. Malah bateri ini juga tahan leboh lasak dalam ujian thermal runaway test berbanding dengan bateri NMC.

Kelebihan kedua bateri LFP ialah ia memiliki jangka hayat yang lebih lama, dan lebih bagus dari segi degredasi. Bateri LFP boleh dicaj sehingga 3000 kali kitaran penuh berbanding dengan bateri NMC yang hanya boleh dicaj antara 1000-2000 kali kitaran penuh.

Kelebihan ketiga bateri LFP ialah, Tesla turut menyarankan ia boleh dicaj sehingga 100% pada setiap sesi pengecasan. Dalam sesetengah keadaan, bateri LFP yang dicaj 100% memiliki jarak perjalanan yang hampir sama dengan bateri NMC atau NCA yang dicaj sehingga 80 ke 90%.

Kelemahan bateri LFP ialah kandungan tenaga yang lebih rendah berbanding dengan bateri NMC dan NCA. Ketumpatan tenaga bateri LFP ialah sekitar 160Wh/kg berbanding dengan bateri NMC dan NCA yang mengandungi sehingga 200Wh/kg menjadikan bateri ini menggunakan ruang yang besar.

Google ads
Back to top button