
TAK CUKUP DENGAN TWITTER, ELON MUSK MAHU BELI DISNEY-ABC PULA
Belum habis pening kepala selepas mengambil alih Twitter, Elon Musk secara terbuka mendedahkan pula tawaran AS$37.5 bilion (RM164 bilion) untuk membeli ABC daripada firma induk, Walt Disney.
Menurut laporan, Disney telah meluluskan pengambilalihan itu, tetapi butiran terperinci perjanjian berkenaan masih belum didedahkan secara terbuka.
Situasi kewangan ABC mula meruncing apabila Disney secara terang-terangan menyokong komuniti LGBTQ. Hal tersebut menyebabkan ramai ibu bapa melarang anak-anak mereka untuk beriadah di taman tema ikonik itu.

Ini menyebabkan kewangan ABC mula berada dalam situasi sukar hingga terpaksa menjual pemilikannya demi memastikan perniagaan terus bernyawa.
Dalam satu kenyataan berita, Musk teruja menyenaraikan matlamat utamanya untuk ABC. “Ini hanyalah langkah terbaru untuk memulihkan beberapa rasional kepada kewartawanan Amerika.
“Media arus perdana telah dikawal terlalu lama oleh elit Hollywood dan golongan kiri yang melampau. Saya akan memastikan bahawa ia akan berakhir.
“Sebagai langkah pertama ke arah tujuan itu, tindakan pertama saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABC adalah untuk menghentikan rancangan The View serta mengetepikan keseluruhan pelakon, terutamanya Whoopi Goldberg. Program ini mesti dibatalkan kerana ia memalukan,” jelas Musk.
Musk memberitahu dia akan menggantikan program itu dengan rancangan aneka ragam untuk tontonan umum, melibatkan barisan artis konservatif seperti James Woods, Clint Eastwood dan Tim Allen. Manakala watak-watak seperti Kyle Rittenhouse, Kid Rock serta Ted Nugent akan mengulas tentang media dan Hollywood.
- BACA: SIAPA ELON MUSK NI? – LOYER, MAJISTRET ATAU DOKTOR AYAM?
- BACA: PELABUR BENGANG ELON MUSK BUAT TESLA MACAM ATM PERIBADI. JUAL SAHAM RM15.8 BILION
- BACA: ELON MUSK BUAT HAL LAGI, BERI AMARAN KEPADA PENGIKLAN MENGHENTIKAN PENGIKLANAN DI TWITTER
- BACA: TWITTER KINI MILIK ELON MUSK. TERUS PECAT EKSEKUTIF TERTINGGI TWITTER








