
NAVARA – BLACK SERIES, BERMULA RM108,800
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan NISSAN Navara – Black Series baharu yang hadir bersama pebagai bentuk penambahbaikan pada bahagian luaran, sekali gus menyerlahkan penampilannya sebagai sebuah ‘The Ultimate Pickup’.
Ditawarkan untuk varian VL, V dan SE, Black Series merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan. Ini termasuklah gril hadapan dengan warna hitam matte yang garang, penutup eyelid lampu utama, bampar hadapan, perumah lampu kabus (varian VL), perumah cermin sisi, overfender hadapan dan belakang, sport bar serta kemasan warna hitam pada lantai kargo.

Kombinasi kemasan kulit berwarna hitam pada bahagian kabin memberikan ambien mewah, seterusnya meningkatkan aspek estetika Navara – Black Series.
Navara menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar.

Navara menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang meningkatkan keselesaan dan pengendalian. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang menyokong posisi duduk dan membantu mengurangkan keletihan dalam perjalanan jauh.
Black Series dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
|
NISSAN Navara – Black Series |
2.5 VL Auto (RM) |
2.5 V Auto (RM) |
2.5 SE Auto (RM) |
|
Semenanjung Malaysia |
124,800 |
115,800 |
108,800 |
|
Sabah & Sarawak |
126,800 |
117,800 |
110,800 |
|
Langkawi |
118,600 |
110,000 |
103,500 |
|
Labuan |
119,600 |
111,000 |
104,500 |
*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans

BAWA PULANG SEBUAH NISSAN DAN KUASAI GALAKSI
ETCM telah memulakan Pusingan ke-2 kempennya pada Disember. Pelanggan yang membeli sebuah NISSAN berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan STAR WARS: THE LAST JEDI ke Croatia.
Dengan tema ‘Bawa Pulang Sebuah NISSAN dan Kuasai Galaksi’, kempen ini menawarkan rebat dan penjimatan yang mengagumkan sehingga RM8,000 ke atas model-model terpilih NISSAN. Promosi RM1 untuk pakej aksesori premium* juga diteruskan. Rebat sehingga RM6,500* ada ditawarkan.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah NISSAN untuk melihat sendiri NISSAN Navara – Black Series baharu serta tawaran STAR WARS: THE LAST JEDI di lokasi-lokasi berikut:
Jadual Karnival Pandu Uji:
|
Date |
Wilayah |
Lokasi |
|
9 – 10 Disember |
Tengah |
ETCM Petaling Jaya |
|
9 – 10 Disember |
Timur |
ETCM Kuantan |
|
9 – 10 Disember |
Selatan |
ETCM Seremban |
|
9 – 10 Disember |
Utara |
ETCM Butterworth |
|
9 – 10 Disember |
Sabah |
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu |
|
9 – 10 Disember |
Sarawak |
VIVACITY Kuching |
|
16 – 17 Disember |
Utara |
ETCM Sitiawan |
|
16 – 17 Disember |
Selatan |
ETCM Batu Pahat |
|
16 – 17 Disember |
Sabah |
ETCM Sandakan |

Jadual siri jelajah:
|
Tarikh |
Lokasi |
|
1 – 25 Disember |
MidValley Megamall (South Court), Kuala Lumpur |
|
4 – 10 Disember |
VIVACITY Megamall, Kuching |
|
8 – 10 Disember |
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu |
|
14 – 17 Disember |
Kuantan City Mall, Kuantan |
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.







