Buletin

FLORIDA BATAL HAK MILIK HAMPIR 400 UNIT KERETA IMPORT HARAM DARI JEPUN

Florida membatalkan hak milik hampir 400 kereta diimport dari Jepun di pasaran gelap.

Tindakan berkenaan dilakukan berikutan ia didaftarkan secara penipuan.

Surat tersebar di media sosial daripada Biro Siasatan Jenayah dan Perisikan Peronda Lebuh raya Florida mengatakan bahawa hak milik kereta dibatalkan selepas siasatan menemui banyak kereta yang dilog masuk dengan pihak berkyasa menggunakan dokumentasi secara salah dengan mengatakan mematuhi undang-undang.

“Kesemua kenderaan dikenal pasti dalam siasatan telah memperoleh hak milik Florida palsu tidak layak untuk diberi hak milik di Florida tanpa mengira sebarang langkah pembetulan yang diambil pihak berkenaan.

“Ia merupakan berita buruk untuk pemilik kenderaan tetapi akan menjadi lebih teruk jika berfikir menjual kenderaan terbabit ke luar negeri untuk mengelak masalah dan ingin mendapatkan wang tunai mereka kembali.

“Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat juga memaklumkan Peronda Lebuhraya Florida bahawa kesemua kenderaan dalam penyiasatan telah dibatalkan hak milik Florida diletakkan dalam senarai kenderaan seludup serta tidak layak untuk hak milik/pendaftaran di mana-mana negeri,” tegas surat berkenaan.

Ia mencadangkan pemilik terjejas boleh mengeksport kenderaan mereka dari negara itu, menyimpannya dalam keadaan tidak beroperasi atau menyerahkan ke pelabuhan terdekat dan dirampas sebagai kenderaan seludup. –carscoops

Google ads
Back to top button