Buletin

HONDA MALAYSIA, JENAMA KOLABORASI RAI 3 PEMENANG 1 MILLIONS DREAMS

Honda Malaysia dan tiga rakan jenama, Cuckoo, Shopee dan Watsons meraikan tiga individu bertuah yang memenangi model Honda edisi khas bagi peraduan 1 Million Dreams Brand Collaboration di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Pemenang kali ini, yang mewakili setiap rakan jenama, masing-masing membawa pulang sedan Honda City serba baharu, HR-V dan BR-V.

Tiga pemenang berkenaan ialah Megawati Affendi (City Serba Baharu – Cuckoo), Muhammed Faisal Adnan (HR-V – Shopee) dan Mohd. Aisamuddin Mohd. Azilah (BR-V – Watsons).

Dalam pada itu, Honda turut memperkenalkan pemilik kenderaan Honda ke-1 juta, iaitu Ahmad Sirwan Mat Tuselim yang membeli Civic 1.5 Turbo pada Mac lalu dan turut menerima token bernilai lebih RM8,000 sebagai penghargaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata beliau sangat berterima kasih kepada rakyat negara ini yang bersama-sama membantu jenama terbabit mencecah jualan lebih sejuta unit kenderaan.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada para pemenang bertuah.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, Ketua Jabatan Pemasaran Cuckoo Malaysia International, Nick Chin, Ketua Shopee Mall, Shopee Malaysia, Kenneth Soh dan Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.


Google ads
Back to top button