Buletin

LELAKI CUBA JUAL DODGE CHARGER BERSAMA MAYAT KEKASIH

Seorang lelaki dari Tennessee, Amerika Syarikat didakwa membunuh teman wanitanya sebelum cuba menjual kenderaan Dodge Charger bersama mayat mangsa di bahagian tempat duduk belakang.

Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkata, Robert Miquel Johnson, 31, cuba mengalihkan kenderaan milik teman wanitanya, Pamela Paz, 44, sehari sebelum mayat mangsa ditemui di dalam kereta itu di sebatang jalan di Nashville.

Selepas menyoal siasat Johnson, detektif kemudian cuba menjejaki seorang saksi yang berkata, dia melihat Johnson cuba menjual kenderaan jenis Dodge Charger itu.

Johnson juga memberikan maklumat yang salah ketika polis bertanya tentang lokasinya ketika  pembunuhan berlaku.

“Dia disoal siasat dan didapati memberikan maklumat palsu,” kata polis.

Johnson kini dipenjarakan atas tuduhan lain yang tidak berkaitan di daerah Wilson, namun dijangka akan dipindahkan ke Nashville. –NewYorkPost

Google ads
Back to top button