Buletin

DOOSAN BOBCAT T7X TRACK LOADER ELEKTRIK PERTAMA DUNIA

Doosan Bobcat mendedahkan track loader kompak elektrik pertama di dunia dikenali sebagai T7X.

Jentera itu dijana kuasa bateri 62 KW yang mampu bertahan sepanjang hari di tapak kerja dan menghapuskan hampir semua kos bahan api serta hidraulik.

CEO Doosan Bobcat Inc, Scott Park berkata syarikat itu menerajui dalam inovasi dan berbangga memperkenalkan T7X untuk membantu pelanggan memaksimumkan kedua-dua kemampanan dan produktiviti.

“Fokus kami kekal dalam menyediakan penyelesaian dan produk memperkasa orang ramai mencapai lebih banyak dan membina dunia dengan lebih baik,” katanya.

T7X mendapat khidmat bateri berkuasa lithium-ion Green Machine Equipment membolehkan operator tidak menunggu lama untuk mengendalikan jentera.

Selain itu, ia tidak menggunakan enjin diesel sekali gus membuatkan jentera lebih senyap dan kurang bergegar daripada jentera tradisional.

T7X hanya menggunakan satu liter penyejuk mesra alam berbanding 216 liter cecair yang diperlukan model diesel ataupun hidraulik.

Menurut Doosan Bobcat, jentera elektrik itu mampu beroperasi sehingga empat jam tanpa henti tetapi jika digunakan penuh berhemah ia bertahan sepanjang hari.

Bagi melaksanakan tugasan berkenaan, ia mendapat bantuan daripada sistem pengurusan kuasa pintar yang dapat mengesan beban bertambah atau berkurangan.

Ia juga dapat mematikan kuasa secara automatik apabila tidak digunakan untuk membantu bateri bertahan lebih lama.

Syarikat menyewa, Sunbelt Rentals merupakan pelanggan pertama T7X yang terdapat di 1,025 lokasi di Utara Amerika.

Sunbelt Rentals komited membuat pelaburan besar untuk menyediakan jentera-jentera berkenaan kepada para pelanggan pada tahun ini. – carscoops

Google ads
Back to top button