Buletin

FORD RANGER WILDTRAK SPORT SPECIAL EDITION 2021. 2.0L BI-TURBO, BERMULA RM158K

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini memperkenalkan Ford Ranger WildTrak Sport baharu dalam jumlah terhad ke pasaran tempatan.

Ford Ranger Sport Special Edition dipamerkan kepada umum dalam acara roadshow pertama Ford  di 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya dari 8 hingga 12 Disember.

Roadshow ‘norma baharu’ pertama Ford itu turut disiarkan menerusi Facebook Live di laman Facebook Ford Malaysia. Pelanggan boleh menikmati tawaran yang sedia ada di roadshow dengan mengunjungi mana-mana pusat pengedar sah Ford di seluruh negara.

Pelanggan yang menempah sebuah Ford Ranger WildTrak Sport baharu dalam tempoh lima hari roadshow berlangsung berpeluang memenangi pakej bercuti di dalam negara, tidak kira sama ada mereka menempahnya di roadshow atau di pusat pengedar sah Ford yang berdekatan.

Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition yang hadir dalam warna Saber dan Absolute Black itu ditawarkan pada harga bermula RM158,388 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

Tambahan pakej tawaran servis percuma 18 bulan akan ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Disember 2021.

Antara naik taraf yang diberikan kepada Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition ialah jeriji hadapan baharu, perumah cermin sisi, hendal pintu berwarna hitam, rim aloi hitam bersaiz 18 inci, tempat duduk dibalut kulit, scuff plate dengan logo serta jahitan pada stereng. 

Trak pikap tersebut dijana oleh enjin 2.0L Bi-Turbo berkuasa 213PS dan tork 500Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Ciri keselamatan pula terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan serta Amaran dan Bantuan Keluar Laluan. 

Bukan itu sahaja, anda boleh menyertai cabaran media sosial #FORDeverysecondcount untuk memenangi barangan eksklusif Ford. Cabaran itu bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan menghasilkan montaj berdurasi 1 saat yang memaparkan gaya hidup yang mereka mahu jalani bermula sekarang. 

Peserta perlu memasukkan tanda pagar ##FORDeverysecondcount dan #fordmalaysia.

Maklumat lanjut mengenai Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition, anda boleh hubungi talian di WhatsApp atau layari https://www.sdacford.com.my 

GALERI

Google ads
Back to top button