Artikel Pilihan

PORSCHE FRONT AXLE LIFT – TAK PERLU RISAU SAGAT BAMPAR DEPAN

Penulis masih lagi ingat dalam rancangan Top Gear, supercar yang dipandu oleh Richard Hammond gagal untuk keluar dari parkir bawah tanah dengan selamat, disebabkan isu yang kecil. Ramp ataupun tanjakan untuk keluar daripada parkir adalah terlalu tinggi, boleh dilalui dengan mudah oleh kereta biasa namun ia adalah sukar bagi supercar

Kebanyakan supercar direka dengan pusat graviti yang rendah bagi memastikan pengendalian yang bagus. Situasi ini diburukkan lagi dengan front overhang yang panjang mungkin disebabkan keperluan untuk pengaliran udara yang baik bagi menyejukkan komponen enjin dan brek.

Jadi jika anda memandu supercar, adalah lebih baik untuk parkir sahaja di depan hotel walaupun kosnya jauh lebih mahal. Menyedari masalah ini, Porsche 911 mulai tahun 2015 telah memperkenalkan satu sistem baru yang dinamakan sebagai Front Axle Lift System

Sistem ini akan mengangkat bahagian depan Porsche 911 sekitar 40mm, memudahkan pemandu untuk melalui jalan atau tanjakan yang tinggi, atau speed bump yang biasa merosakkan bahagian depan bumper (front lips)

Dengan hanya menekan satu butang di dalam kabin, bahagian depan kereta akan diangkat dalam masa 5 saat. Porsche 911 akan kembali semula ke kedudukan asal secara automatik apabila ia mengesan Porsche 911 dipandu pada kelajuan melebihi 30km/jam, sekiranya pemandu tidak menukar semula ke kedudukan asal secara manual

Dengan ini pemilik Porsche 911 tidak lagi perlu risau apabila perlu menaiki lori penunda flatbed, tanjakan parking, speedbump ataupun bahu jalan yang tinggi. Namun sistem bantuan hidraulik ini hanya boleh diaktifkan apabila enjin sedang hidup sahaja

Google ads
Back to top button