
DUA MODEL EV FUTURISTIK HONDA SERIKAN CES 2024 DI LAS VEGAS – CANGGIH WEI
Honda bawakan dua model konsep khas untuk dipamerkan di Consumer Electronic Expo (CES) 2024 kali ini. Kedua-duanya seakan jelmaan dari filem fiksyen sains dan dinamakan Saloon dan Space-Hub. Keduanya merupakan gambaran kepada kenderaan Honda akan datang yang dilabelkan sebagai 0 series.

Model paling menarik semestinya Saloon yang menampilkan rekaan bentuk wedge seperti model konsep tahun 70 an. Ingat lagi dengan Pininfarina Modulo? Ha, lebih kurang la ni cuma lebih canggih.
Honda juga mengesahkan yang Saloon bakal menjadi inspirasi kepada model 0 Series pertama yang bakal dihasilkan dan akan mula dipasarkan menjelang 2026. Pelancaran akan dimulakan di AS sebelum diikuti Jepun, Asia, Eropah, Afrika. Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Walaupun model ini kelihatan menarik dengan rekaan pintu gull-wing namun ia tidak semestinya ada pada produk akhir. Rekaan yang rendah dan lebar menyorokkan dalamannya yang serba luas dan lengkap dengan panel paparan human-machine interface (HMI). Dah namanya EV sudah tentu ia sarat dengan gajet-gajet canggih.
Model kedua dipamerkan ialah Space-Hub yang berbentuk sebuah van ataupun MPV. Walaupun tiada rancangan untuk dikeluarkan tapi ia masih memberikan gambaran tentang model-model 0 Series. Penggunaan elemen kaca yang meluas pada bumbung memang cukup menarik dan moden. Mesti rasa macam naik Miata buka bumbung je.

Tempat duduk belakang disusun macam bar dan mungkin untuk kegunaan keluarga bersantai. Menariknya ia tidak mempunyai cermin belakang dan ditutup sepenuhnya dengan panel padan. Dah macam bas ekspress la pulak. Apa pun kedua model ini memang cukup menarik dan futuristik.











