BuletinMotosikal

DUCATI 916 SENNA – IDAMAN RAMAI SUATU KETIKA DAHULU

Harimau mati meninggalkan belang tetapi manusia mati meninggalkan nama. Apa saja pekerjaan yang kita lakukan pastikan akan menjadi ingatan buat seseorang pada satu hari nanti. Apatah lagi jika kita mempunyai nama besar seperti keluarga Castiglioni yang cukup sinonim dengan model-model edisi terhad keluaran mereka.

Daripada Cagiva Mito sehinggalah ke MV Agusta, setiap jenama yang pernah mereka miliki semestinya akan dihasilkan dalam versi edisi terhad yang istimewa. Satu daripadanya ialah Ducati Senna 916 yang dinamakan sempena nama Ayrton Senna, bekas juara F1 yang telah terbunuh dalam perlumbaan Grand Prix San Marino tahun 1994. Menamakan sebuah motosikal dengan nama pelumba kereta memang kelihatan aneh tetapi tidak bagi mereka yang mengenali keluarga Castiglioni.

Kumpulan Cagiva yang dimiliki mereka merupakan sebuah syarikat yang berorientasikan keluarga, dengan kata lain mereka seperti keluarga mafia motosikal (tetapi tanpa sebarang kegiatan jenayah). Bila kita bersama mereka, mereka akan menjaga kita seumur hidup. Claudio Castiglioni cukup terkenal dengan sikap pemurah kepada sesiapa sahaja yang pernah membantu syarikat mereka.

Contohnya seorang penunggang penguji tayar Grand Prix Pirelli pernah dijemput ke kilang Cagiva untuk menerima hadiah sebuah Cagiva Elefant 900 yang dibalut dengan reben besar selepas usaha yang dilakukan beliau membolehkan Randy Mamola dan Cagiva memenangi podium pertama mereka di GP Belgium tahun 1988.

Ayrton Senna merupakan sahabat rapat keluarga Castiglioni (mungkin sebab beliau merupakan pelangan setia Ducati) dan bersetuju meminjamkan nama beliau untuk 200 unit Ducati edisi terhad yang bakal dikeluarkan sebelum kematian beliau.

BACA: DUCATI PANIGALE R CAFE RACER – SI JERUNG BIRU

Keuntungan dari hasil jualan 200 unit pertama telah disalurkan kepada Yayasan Senna untuk membantu kanak-kanak Brazil mendapatkan kemudahan sukan secara percuma dengan syarat mereka pergi ke sekolah.

Model awal 916 Senna ini berwarna perak dengan rim ikonik berwarna merah. Ia dilengkapi dengan enjin spesifikasi Strada dengan kerangka SP (sports production) lengkap dengan penyerap hentak Ohlins, cakera brek besi tuang dan angkup brek keluaran Brembo.

Respon yang diterima cukup menggembirakan Ducati kerana kesemua 200 unit habis terjual. Pengeluaran kali kedua dirancang tetapi tertangguh akibat masalah pengeluaran di Itali menyebabkan ia tertunda sehingga tahun 1997. Ia mula terjual pada tahun 1998 dan kini ia dihasilkan dengan warna hitam dan mudgad gentian karbon dan pelbagai ciri tambahan lain.

Reputasi Ducati yang ianya cukup ideal untuk pecutan pantas memang benar dan ia cukup sesuai berada di atas litar perlumbaan. Posisi tunggangannya yang radikal memang akan menjejaskan pergelangan tangan anda jika di pandu dengan perlahan. Adakah ia memang tidak sesuai digunakan setiap hari? Ia bergantung kepada cara tunggangan anda. Jika kena cara ia tidaklah begitu menyusahkan.

BACA: DUCATI AKAN LANCARKAN ENJIN V4 DI MISANO GP ESOK – DESMOSEDICI STRADALE

Bagaimanapun casisnya yang dihasilkan dengan teknologi perlumbaan memang memberikan cengkaman dan membolehkan penunggang merasa apa yang berlaku di bahagian bawahnya. Senna mampu mengambil selekoh dengan lebih baik berbanding dengan Ducati 916 keluaran standard kilang.

Cakera aloi tuang dan angkup brek Brembo siri Goldline memang memberikan lebih kuasa henti berbanding model standard 916. Varian 916 lain juga ada ditawarkan dengan casis SP tetapi eksklusiviti yang dimiliki Senna memang jarang dapat dirasa. Malah hubungannya dengan nama Senna memang membezakannya daripada semua model keluaran Ducati edisi terhad yang lain.

GALERI:

Google ads
Back to top button