Buletin

DUCATI MONSTER SP BAHARU LEBIH RINGAN, AGRESIF, BERKUASA 111HP

Ducati Monster yang diperkenalkan pada tahun 2021 kini didatangkan dalam versi Monster SP. Model ini dicirikan oleh satu siri komponen berkualiti tinggi yang menjadikan ia lebih ringan, menyeronokkan dalam tunggangan sporty, serta lebih agresif dari sudut pandangan estetik.

Ciri luaran Monster SP telah mendapat inspirasi daripada jentera lumba Desmosedici GP Ducati Lenovo Team, dan terdapat logo Monster SP di atas penutup tempat duduk penumpang, tempat duduk berwarna merah serta logo Ducati atas tangki yang lebih besar, inspirasi daripada Panigale V4.

Selain itu, terdapat unit Ohlins NIX30 43 mm berwarna emas boleh laras sepenuhnya dengan berat 0.6 kg lebih ringan. Kemudiannya, brek hadapan dipertingkat dengan angkup Bremo Stylema, yang mencengkam dua set cakera 320 mm dengan berat 0.5kg lebih ringan berbanding brek biasa.

Berbanding Monster biasa dengan berat 188kg, Monster SP ini lebih ringan iaitu hanya 184.9kg. Faktor ia lebih ringan adalah berikutan penggunaan bateri jenis lithium ion. Kemas kini yang lain adalah seperti ekzos Termignoni, steering damper dan tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

Untuk Monster SP ini, semua mod tunggangan telah dilaras semula dan  terdapat satu mod baru iaitu Wet, sebagai tambahan kepada Sport dan Touring sedia ada. Sistem lain seperti ABS Cornering, Ducati Traction Control dan Ducati Wheelie Control masih tersedia. Monster SP ini juga ditambah dengan Launch Control.

Apa yang anda perlukan untuk ‘Mad For Fun’ ialah enjin Testastretta 11° kembar 4 injap penyejuk cecair dengan 111hp dan pengedaran desmodromic.  Namun begitu, harga Monster SP ini masih belum diumumkan.

GALERI:

Google ads
Back to top button