Motosikal

ENAM JENTERA BAHARU DUCATI MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM68,900

Ducati Malaysia melancarkan enam model terbaharu dalam memberi pilihan kepada penggemar jenama Itali berkenaan di pasaran tempatan.

Model-model tersebut merupakan: –

  • Ducati Scrambler Urban Motard (RM68,900)
  • Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro (RM85,900)
  • Ducati Streetfighter V2 (RM101,900)
  • Ducati Multistrada V2 S (RM105,900)
  • Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary (RM136,900)
  • Ducati Streetfighter V4 SP (RM239,900)

Ducati Scrambler Urban Motard dan Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro

Model paling mampu milik pada pelancaran terbaharu itu Ducati Scrambler Urban Motard didatangkan enjin L-twin 803 cc dipadankan sejukan udara yang mampu menjana kuasa 73 [email protected],250 rpm dan tork 66.2 Nm @5,750 rpm.

Jentera yang menampilkan rekaan klasik itu dilengkapi rim 17 inci dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso, bar hendal aluminium, tempat duduk rata dan sentuhan grafik eksklusif.

Ciri-ciri lain termasuk cornering ABS, lampu LED termasuk DRL, pelindung sisi aluminium boleh tukar, paparan instrumen LCD, serta storan bawah pelana dengan soket USB terbina.

Bagi penggemar scrambler yang inginkan lebih kuasa dan premium boleh mendapatkan Ducati Scrambler 1100 Tribute Pro.

Scrambler 1100 Tribute Pro merupakan jentera yang memberi penghormatan kepada rangkaian motosikal paling ikonik Ducati pada tahun 70-an dan sempena ulang tahun ke-50 enjin kembar udara Ducati.

Ia mendapat sentuhan warna kuning Giallo Ocra dipadankan kerangka Trellis berwarna hitam.

Jentera terbaharu itu turut hadir dengan rekaan grafik persis motosikal lumba 70-an Ducati.

Scrambler 1100 Tribute Pro dilengkapi rim spoke hitam, tempat duduk berwarna perang, bar hendal aluminium sporty dan cermin pandang belakang berbentuk bulat.

Ia juga mendapat lampu LED yang didatangkan motif X pada bahagian hadapan, rim 18 inci pada bahaian depan manakala 17 inci di belakang dengan kapasiti tangki mencecah 15 liter.

Motosikal terbaharu itu mendapat khidmat enjin L-twin 1,079 cc sejukan udara
yang mampu menjana kuasa 86 hp @ 7,500 rpm dan tork 88 Nm @ 4,750 rpm.

Ducati Streetfighter V2

Jentera naked Streetfighter V2 menampilkan rekaan ranggi yang menggunakan tangki Panigale V2 dengan reka bentuk lampu minimalis yang mencerminkan Streetfighter V4.

Lampu nyalaan siang (DRL) depan pula berbentuk “V” merupakan signatur pada model sport Ducati termasuk keluarga Panigale dan SuperSport.

Ia didatangkan fork hadapan Showa Big Piston Fork (BPF) 43 mm boleh laras sepenuhnya, penyerap hentak belakang Sachs boleh laras, sistem brek dengan angkup empat omboh Brembo Monobloc M4.32 dan rotor berkembar 320 mm separa terapung, diikuti angkup dua omboh dengan rotor 245 mm di bahagian belakang.

Streetfighter V2 menggunakan enjin Superquadro V2 955cc yang mampu menghasilkan kuasa 153 hp @ 10,750 rpm, 101.4 Nm @ 9,000 rpm.

Ducati Multistrada V2 S

Multistara V2 S serba baharu menawarkan penunggangan urban dan touring menarik kepada penggemar jentera roda dua.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin L-Twin Testastretta 11o 937 cc yang mampu menjana kuasa 113 hp @ 9,000 rpm, 96 Nm @ 6,750 rpm.

Ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan slipper clutch dan diberikan secara standard dengan quickshifter.

Multistara V2 S memiliki berat kurang 5 kg berbanding generasi Multistrada 950 dalam memberi keselesaan dan pengendalian tunggangan lebih padu.

Jentera touring berkenaan hadir dengan Ducati Safety Pack (Cornering ABS, Ducati Traction Control), Ducati Cornering Lights, Ducati Skyhook Suspension Evo, Ducati Quick Shift, kawalan jelajah, suis bar hendal bercahaya, skrin paparan TFT lima inci berwarna dan sistem pencahayaan LED.

Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary

Panigale V2 Bayliss merupakan versi istimewa yang direka khusus untuk meraikan Troy Bayliss dan sambutan ulang tahun ke-20 kemenangan sulung legenda itu dalam WSBK Cahmpionship.

Ia dilengkapi komponen chasis Ohlins dan mendapat sentuhan livery istimewa diilhamkan daripada 2001 Ducati 996 R, jentera yang ditunggang Bayliss mengecapi kejayaan pertama merangkul WSBK Cahmpionship.

Jentera berkenaan didatangkan dengan warna merah, putih dan hijau dipadankan nombor 21.

Selain itu, ia turut mendapat autograf Troy pada bahagian tangki bahan api bersama dengan nombor ajaib 21 di beberapa bahagian jentera.

Panigale V2 Bayliss didatangkan enjin V-Twin Superquadro 955 cc yang mampu menjana kuasa 153 hp @ 10,750 rpm dan tork 104 Nm @ 9,000 rpm.

Ducati Streetfighter V4 SP

Jentera direka untuk kegunaan litar, Streetfigher V4 SP membawakan pelbagai ciri-ciri menarik termasuk klac kering 9 cakera STM-EVO SBK, angkup brek Brembo Stylema, suspensi daripada Panigale V4 S, serta sayap sisi yang diperbuat daripada gentian karbon.

Streetfigher V4 SP didatangkan enjin Desmosedici Stradale V4 1,103 cc
yang mampu menghambur kuasa 208 hp @ 13,000 rpm, dan tork 123 Nm @ 9,500 rpm

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi Bosch Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control, Wheelie Control, Slide Control, Engine Brake Control, Ducati Power Launch, dan Ducati Quick Shift.

Google ads
Back to top button