Buletin

DUCATI MALAYSIA LANCAR PANIGALE V4 R DAN MONSTER SP – HARGA BERMULA RM98K

Sempena perasmian bilik pameran Ducati baharu di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur, Ducati Malaysia hari ini melancarkan dua model baharu iaitu Panigale V4 R dan Monster SP untuk pasaran Malaysia.

Menariknya, Panigale V4 R pertama kalinya hadir dengan nombor siri yang tertera di bahagian ‘steering head’. 

Selain itu, casis jentera ini juga dioptimumkan untuk pengendalian lebih baik serta tangkas apabila berada di jalan raya.

Panigale V4 R turut menampilkan pelbagai elektronik canggih termasuk dua pakej mod menunggang baharu yang terdiri daripada mod ‘Full’ dan ‘Low’.  Perincian lain termasuklah Ducati Quick Shift (DQS) serta perisian Engine Brake Control (EBC) EVO 2.

Panigale V4 R 2023 walau bagaimanapun masih lagi menggunakan komponen Ohlins namun fork bertekanan NPX25/30 di depan kini menawarkan jarak pergerakan 5mm lebih tinggi.

Untuk pengetahuan, Ducati telah menala semula geometri piston sekaligus mengurangkan berat piston sebanyak 5gram.

Dari segi kuasa, Panigale V4 R dipacu oleh Desmosedici Stradale R 998cc, menghasilkan 218hp pada 16,500rpm, tork 124Nm pada 9,500rpm.

Harga? Anda boleh memiliki Ducati Panigale V4 R pada harga RM458,900.00.

Seterusnya adalah model Ducati Monster SP, direka untuk memberi pengalaman tunggangan sporty dan ditambah dengan penggayaan diinspirasikan dari liveri Moto GP.

Monster SP hadir bersama unit Ohlins NIX30 43mm berwarna emas boleh laras sepenuhnya dengan berat 0.6kg lebih ringan.

Sementara, brek hadapan dipertingkat menerusi angkup Bremo Stylema yang mencengkam dua set cakera 320mm dengan berat 0.5kg lebih ringan berbanding brek biasa.

Untuk rekod, Jentera ini juga dilengkapi sistem Ducati Quick Shift (DQS) yang didatangkan sebagai standard.

Ducati Monster SP dikuasakan oleh enjin Testastretta 11° 937cc, yang berupaya menghasilkan 111hp pada 9,250rpm, tork 93Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

Ducati Monster SP 2023 kini boleh dimiliki pada harga RM98,900.00.

GALERI:

Google ads
Back to top button