Buletin

DUCATI STREETFIGHTER V2 2022 ADA WARNA HIJAU (STORM GREEN)!

Satu model perniagaan Ducati ialah menawarkan berbilang model untuk pelbagai jenis kategori pelanggan. Tidak semua penunggang sukakan kuasa luar biasa dan dengan itu Ducati menawarkan sesuatu yang lebih sederhana tetapi masih berbisa.

Ini boleh dilihat melalui model V4 dan V2 yang ditawarkan pada model Streetfighter, Multistrada dan Panigale.

Satu lagi identiti pengeluar dari Itali itu ialah warna Ducati Red yang begitu menyerlah namun ianya juga bukan pilihan mutlak.

Terbaru Ducati menawarkan motosikal naked Streetfighter V2 dalam warna Storm Green. Warna hijau untuk Ducati?

Ianya bukan hijau terang atau hijau yang selalu dilihat tetapi hijau metalik dengan kemasan dan kombinasi warna yang berjaya menyerlahkan identiti tersendiri.

Hijau tersebut menggunakan kemasan kusam dan menampakkan lagi garisan dan alunan badan Streetfighter V2 dan digabungkan pula dengan komponen mekanikal dalam warna kromatik.

Kombinasi hijau kusam, perak dan hitam pada motosikal ini berjaya membangkitkan visual berseni dan bergaya.

Inilah definisi kenderaan buatan Itali, berkuasa, reka bentuk berseni dan unik.

Secara asasnya Streetfighter V2 dibuat untuk penunggang mahukan sebuah motosikal dengan DNA Panigale V2 dan gaya sebuah Streetfighter.

Satu lagi identiti Streetfighter V2 ialah lampu utama dengan DRL bentuk V ala motosikal sport Ducati yang dipengaruhi seringai the Joker.

Streetfighter V2 menggunakan enjin 955 cc dengan kuasa 153 bhp pada 10,750 rpm dan daya kilas maksimum 101.4 Nm pada 9,000 rpm.

Berbeza dengan Panigale V2, model naked ini menggunakan nisbah akhir lebih pendek iaitu 15/45 berbanding 15/43 yang memberikan daya kilas lebih tinggi kepada roda.

Ianya juga menjadikan enjin lebih responsif apabila pendikit dipulas.

Selain itu, lengan ayun Streetfighter 16 mm lebih panjang berbanding Panigale untuk kestabilan keseluruhan motosikal.

Sistem brek pula diambil dari Panigale V2 kecuali pad brek yang lebih bersesuaian untuk jalanan dengan angkup Brembo M4.32 dan cakera 320 mm.

Perkakasan elektronik juga diambil dari Panigale V2 seperti IMU enam paksi dan pakej elektronik yang terdiri daripada ABS Cornering, DTC EVO 2, DWC EVO, DQS EVO 2 dan EBC EVO. 

Mod tunggangan pula ada tiga iaitu Sport, Road, Wet yang mempunyai tetapan tersendiri dan penunggang disediakan skrin TFT berwarna saiz 4.3 inci.

Warna baharu Storm Green dengan roda hitam dan tag merah adalah tambahan kepada Streetfighter V2 dalam warna rasmi Ducati Red.

Model ini akan berada di pengedar Eropah bermula Julai 2022. Untuk rekod, Streetfighter V2 ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM101,900. 

BACA: INI DUCATI MotoE, TAK ADA ENJIN DAN GUNA ELEKTRIK!

BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 PIKES PEAK, MULTISTRADA PALING SPORTI DIKELUARKAN!

BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 SP 2022 DIPERKENAL, LAGI RINGAN DAN LINCAH!

Google ads
Back to top button