Buletin

DUTERTE ARAH KERETA MEWAH BERNILAI RM24 JUTA DIMUSNAHKAN

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bukanlah orang yang asing dalam mendapat publisiti. Sekiranya beliau tidak suka sesuatu (atau seseorang), beliau memilih yang aneh untuk menangani mereka.

Duterte yang memenangi pilihan raya 2016 terkenal kerana tindakan keras terhadap rasuah, jenayah dan penyeludupan dadah. Baru-baru ini, beliau sekali lagi membuat pemusnahan besar-besaran terhadap kenderaan rampasan yang dilaporkan secara haram diimport ke negara ini. Kesemua kereta tersebut dianggarkan bernilai USD6 Juta (RM24 juta)

BACA: DUTERTE MUSNAHKAN MOTOSIKAL BERNILAI RM2.5 JUTA

Ia melibatkan pelbagai model berjenama mewah seperti BMW, Lamborghini, Porsche, dan juga beberapa motosikal. Kenderaan tersebut dimusnahkan menggunakan jentolak dan disaksikan oleh pegawai kerajaan serta pihak media.

BACA: KERETA MILIK PENJENAYAH DIMUSNAHKAN-ARAHAN DUTERTE

“Saya melakukan ini kerana anda perlu menunjukkan kepada dunia bahawa anda mempunyai tempat pelaburan dan perniagaan yang berdaya maju,” kata Duterte sebelum merasmikan acara.

“Dan satu-satunya cara untuk menunjukkan bahawa anda serius ialah ialah menghalang dari penyeludupan. Ia merosakkan negara. Melarikan diri dari cukai”

Google ads
Back to top button