Artikel PilihanMotosikal

MARQUEZ DEDAHKAN KESILAPAN TERBESAR BELIAU MENJELANG PERLUMBAAN MOTOGP KE-100 – MENYESAL TAK KAHWIN AWAL KE?

Marquez menyatakan yang insiden melanggar dinding penahan dalam musim MotoGP 2015 merupakan kesilapan terbesar beliau dan memberikan pengajaran yang berguna sepanjang karier beliau yang hampir mencecah satu dekad dalam perlumbaan kelas premier.

Pelumba sensasi Repsol Honda itu akan menyambut perlumbaan ke-100 dalam karier MotoGP beliau menjelang pusingan di Republik Czech dan berkemungkinan besar akan meneruskan rentak kemenangan seterusnya.

Mengimbas kembali sepanjang karier MotoGP beliau, Marquez menjelaskan yang musim 2015 memang cukup memeritkan di mana beliau hanya muncul sekali sebagai juara dalam 8 perlumbaan terawal sekaligus meranapkan impian untuk merebut kejuaraan.

Tahun tersebut juga menjadi satu-satunya tahun beliau gagal merebut kejuaraan MotoGP sejak naik ke kelas premier bermula musim 2013. Jorge Lorenzo muncul juara dengan mengatasi Valentino Rossi dan Marquez hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Kemalangan di MotoGP Itali dan Catalunya juga antara penyebab kenapa beliau gagal menjadi juara pada musim tersebut.

Tapi menurut Marquez kesilapan terbesar semestinya pada permulaan musim 2015 mungkin di Mugello dan Montmelo di mana beliau mengalami kemalangan secara berturutan sekaligus menghilangkan peluang untuk muncul sebagai juara. Ia juga merupakan pengajaran buat beliau kerana menyedari yang pungutan mata adalah sangat penting untuk muncul juara.

Ia merupakan antara pengajaran yang terbail buat Marquez kerana beliau sentiasa memberikan kesemua tumpuan dalam perlumbaan. Sama ada menang ataupun kemalangan.

BACA: 15 TAHUN DAHULU MOTOGP ADALAH LEBIH ROMANTIK – VALENTINO ROSSI

Tahun tersebut menyaksikan beliau mencatat banyak kemenangan tetapi tidak kurang juga banyaknya kemalangan. Beliau mula mendengar pandangan orang sekeliling dan tentu sekali kemalangan melanggar dinding penahan banyak memberikan pengajaran kepada Marquez. Beliau kemudian menukar strategi dan menjadi pelumba yang lebih bijak.

Marquez akan berlumba seperti kebiasaan beliau dalam perlumbaan ke-100 ini dan menikmati kejayaan sementara ia masih mampu dirasai. Apa yang terlepas memang mustahil boleh diganti kembali tetapi apa salahnya untuk menikmati saat-saat indah seperti sekarang, sambung Marquez.

Beliau kini berada pada kedudukan yang baik dalam karier dan cukup berpuas hati dengan pencapaiannya selama menjadi pelumba MotoGP. Kini 46 mata memisahkan Marquez dengan Rossi yang juga dikenali kerana menggunakan nombor 46. Ironik sungguh.

 

Google ads
Back to top button