
E-SKUTER HONDA MOTOCOMPACTO KINI DIJUAL SECARA RASMI – HARGA BERMULA RM4.7K
Honda Motocompacto kini dijual secara rasmi di pengedar Honda dan Acura terpilih serta dalam talian.
Tujuan Motocompacto baharu adalah untuk digunakan sebagai pengangkutan jarak jauh yang sesuai untuk mengelilingi pusat bandar atau kampus kolej.
Honda juga mendakwa bahawa ia mudah untuk ditunggang, dan direka dengan mengambil kira keselamatan dan ketahanan.

E-skuter baharu ini direka lebih kecil atau bersaiz seperti bagasi dan hanya memiliki berat 18.7kg sahaja, selain berupaya menampung berat sehingga 120kg.
Seperti kebanyakan skuter elektrik, motor dipasang pada roda hadapan, sementara roda belakang dilengkapi brek dram serta dibekalkan bateri kecil 6.8Ah. Bateri berkenaan mengambil masa sehingga 3.5 jam bagi pengecasan penuh.

Menurut Honda, E-skuter ini mampu mencapai kelajuan sehingga 24km/j, mempunyai jarak gerak 19km.
Honda Motocompacto juga dilengkapi dengan aplikasi untuk telefon pintar yang memberikan pemilik maklumat tentang keadaan pengecasannya, kesihatan bateri, kalkulator perjalanan dan banyak lagi.
Untuk harga pula, ia boleh dimiliki pada harga AS$995 (RM4,712) dan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Honda.
- BACA: MFORCE LANCAR SKUTER ELEKTRIK BAHARU – YADEA E8S PRO
- BACA: SKUTER ELEKTRIK TX 1800, TX 3000 DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 120KM
- BACA: TRAGIK KOMEDI, SKUTER ‘PARKING’ ATAS WAYAR ELEKTRIK
- BACA: KTM BAKAL LANCAR SKUTER ELEKTRIK? RATA-RATA KOMEN TAK BERKENAN DENGAN REKA BENTUK


