
GWM RAI ULANGTAHUN PERTAMA DI PASARAN MALAYSIA – TAWAR REBAT RM20K DAN PELBAGAI HADIAH MENARIK
Great Wall Motor (GWM) Malaysia baru-baru ini meraikan ulang tahun yang pertamanya di pasaran Malaysia.
Sempena sambutan ulang tahun ini, GWM telah bekerjasama dengan ARTBOX bagi menganjurkan majlis keraian pertama bertemakan #GoWithMore.
Berlangsung selama dua hujung minggu; 10 hingga 12 dan 17 hingga 19 November 2023, dari 3:00 petang hingga 11:00 malam.

Selain itu, GWM turut menawarkan rebat RM20,000 bagi pelanggan yang menempah ORA GOOD CAT dalam warna terpilih pada bulan ini.
Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM18,888 termasuk, hadiah menarik lain seperti HONOR X9b baharu serta Pakej Kem Camping Lubar, dengan setiap tempahan pada bulan November dan pendaftaran ORA GOOD CAT menjelang 31 Disember 2023.
Bukan itu sahaja, peserta yang mengunjungi GWM di ARTBOX di Sunway Pyramid Open Carpark turut berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah misteri seperti baucar tunai RM2,000 dan barangan GWM.

Melihat semula kejayaan GWM dalam tempoh setahun ini, GWM telah melancarkan ORA GOOD CAT dan mengumumkan model-model paling dinantikan seperti GWM CANNON, GWM HAVAL H6, serta GWM HAVAL JOLION.
GWM juga telah membuka Pusat Flagship 4S di seluruh negara termasuk, Pusat 4S terbaharu yang meliputi kawasan utama di Lembah Klang.
Selain Lembah Klang, Pusat 4S GWM turut terdapat di beberapa kawasan seperti dinyatakan di bawah:
- Subang USJ – Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
- Kuala Lumpur (Jln. Ipoh) – CS Kiara Auto Sdn. Bhd.
- Kuala Lumpur (Sg. Besi) – Yuan Hui Auto Sdn. Bhd. (akan datang)
- Puchong – Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
- Serdang – Kuro EV Auto Sdn. Bhd.
- Bangi – G-Mart Corporation Sdn. Bhd.
- Seremban – Seremban Victory Credit Sdn Bhd.
- Penang – CS Euro Auto Sdn. Bhd.
- Kota Kinabalu – Seni Akasia Sdn. Bhd. (akan datang)
- Kuching – YLH Autoworld Sdn. Bhd. 11. Johor – Mjaya Sdn. Bhd. (akan datang)
Perkembangan berkaitan, GWM mencatatkan satu lagi pencapaian cemerlang tahun ini dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB).
Menurutnya, kerjasama itu sebagai persediaan untuk majlis pecah tanah kemudahan pengeluaran CKD di Melaka.
Kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pengeluaran domestik rangkaian SUV, Pick-up, dan kenderaan elektrik tercanggih GWM, menandakan era transformasi dalam landskap pengeluaran automotif Malaysia.