DAYUNG SAMPAN PUN DAYUNG LAA. JANJI MAKANAN SAMPAI KAT PELANGGAN
Seorang rider Foodpanda sanggup mendayung sampan semata-mata ingin menghantar makanan kepada pelanggan yang sedang memancing di Sungai Chachoengsao Bang Pakong, Thailand.
Selepas menerima pesanan dan menunggang dari restoran, rider berkenaan menaiki sebuah sampan untuk menuju ke destinasi pelanggan terbabit.
Menurut laporan thethaiger, dengan memadankan pakaian sergam lengkap Foodpanda dipadankan bersama topi keledar, dia mendayung sampan sehingga sampai ke lokasi pelanggan yang sedang memancing.
Gambar penghantar makanan itu dimuat naik di laman Facebook bersama kapsyen: “Foodpanda telah melancarkan perkhidmatan penghantaran melalui jalan air.”
Penghantar makanan itu tidak mengetahui dia perlu menggunakan sampan ketika menerima pesanan pelanggan kerana lokasi penghantaran menunjukkan ia terletak berdekatan dengan sungai sahaja.
Begitupun, apabila menghubungi pelanggan, yang juga kenalannya sebelum diberitahu dia sedang memancing.
Penghantar makanan itu terpaksa meminjam sebuah sampan bermotor yang berlabuh di jeti sungai untuk ke lokasi pelanggan.
Media Thailand melaporkan, pemandu itu tidak menerima bayaran tambahan untuk penghantaran khas yang dilakukannya. – agensi
- BACA: RIDER FOODPANDA KENA GAME, 40 MINIT TUNGGU KAT JIRAT CINA
- BACA: TUNJUK ISYARAT LUCAH DAN TENDANG RIDER FOODPANDA SEHINGGA JATUH, SUSPEK DIDAKWA HARI INI
- BACA: RIDER YG TAK PUASHATI, BOLEH CARI KERJA LAIN – BOS FOODPANDA
- BACA: TEKUN MOBILEPRRENEUR 2.0. RIDER E-HAILING BOLEH BELI MOTOR DAN ADA MODAL PUSINGAN SEHINGGA RM10K