Buletin
6 DAERAH DI SELANGOR KENA PKP BERMULA 6 HINGGA 17 MEI
Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP..
Beliau berkata, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian Covid-19. -BH
- BACA: PKP TIDAK MAMPU LANDAIKAN KES COVID-19. HANYA BURUKKAN EKONOMI – PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM
- BACA: JUALAN PROTON TURUN 29.9% PADA JANUARI 2021 AKIBAT PKP. SAGA KEKAL MODEL PALING LARIS
- BACA: TOYOTA, HONDA, PERODUA TERPAKSA GANTUNG OPERASI KILANG KERANA PKP
- BACA: PKP: 120 SJR DI SELURUH NEGERI SELANGOR