Buletin

ELEKTRON ONE. HYPERCAR ELEKTRIK 1,341HP

Hypercar elektrik Elektron One bakal membuat debut dalam pameran automotif paling berprestij di dunia, Geneva Motor Show 2021.

Elektron one merupakan hypercar elektrik baharu yang didakwa memiliki kuasa 1,341hp (1,000 kilowatts) dan dijangka ditawarkan pada harga 300,00 euro (RM1.4 juta).

Bagaimanapun, kereta masih berada dalam peringkat prototaip dan hanya wujud dalam lukisan realistik. Namun, syarikat yang membangunkan jenama Elektron One bercadang memperkenalkan kereta elektrik itu tahun depan.

Elektron Innovativ yang berpangkalan di Jerman akan membangunkan kenderaan berkenaan di Motor Valley, Itali.

Ia merupakan lokasi bengkel-bengkel jenama terkemuka seperti Ferrari, Lamborghini dan Pagani.

Pembuat jentera itu sebenarnya mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan Formula E. Ini kerana mereka ialah pemilik pasukan Scuderia-E. Maka, sudah pasti Elektron Innovativ akan menerapkan pengetahuan dan teknologi Formula E ke dalam pembikinan Elektron One.

Model kereta hypercar elektrik berkenaan akan dibina menggunakan komposit monocoque bersama campuran karbon, aramid dan biofiber.

Hanya 140 unit Elektron One akan dihasilkan sepanjang tahun pertama produksinya. – motor1.com

Tags
Google ads
Back to top button