
ELON MUSK DAH LAMA RANCANG, PENGANALISIS YANG LALAI – TESLA TETAP UNTUNG!
Harga Tesla sentiasa berubah-ubah telah menimbulkan persoalan antara penganalisis serta pelabur dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan ramai tertanya-tanya sejauh mana margin keuntungan Tesla.
Persoalan itu bagaimanapun dijawab oleh Tesla menerusi Elon Musk dan tidak keberatan untuk berkongsi mengenai strategi, termasuk keuntungan diraih oleh syarikat.
Menurut Elon Musk, Tesla sanggup mengorbankan keuntungan untuk volum yang lebih tinggi dalam jangka pendek.

“Kami berpendapat bahawa mencatat jualan volum lebih tinggi hasil pemotongan harga adalah pilihan tepat masa ini berbanding kekal dengan strategi jualan sebelum ini,”
Untuk rekod, Tesla mengurangkan harga sebanyak enam kali pada tahun ini.
Beliau berkata, Tesla secara teknikal boleh menjual produknya untuk ‘sifar-keuntungan’ tetapi syarikat itu akan membuat wang pada masa depan melalui perisian autonomi.
Tambah Elon Musk, beliau yakin margin Tesla kekal antara paling sihat dalam industri walaupun melakukan pemotongan harga.
Untuk maklumat, catatan suku pertama tahun ini menyaksikan Tesla hanya memperolehi 19 peratus berbanding jangkaan penganalisis iaitu 22 peratus manakala pendapatan bersih pula turun 24 peratus kepada AS$2.5 bilion (RM11.1 bilion) berbanding suku tahun 2022.
Jelas Elon Musk, Tesla harus mencapai sasaran pengeluaran global antara 1.8 juta hingga 2 juta untuk keseluruhan tahun ini, berbanding 1.4 juta bagi 2022.
Dari kaca mata penganalisis, pemotongan harga untuk mendapatkan volum tinggi boleh menjejaskan jenama dari semasa ke semasa kerana mengekalkan prestij jenama sambil cuba meningkatkan volum secara serentak adalah tindakan berisiko dalam jangka panjang.