Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG TESLA GIGAFACTORY SHANGHAI

Giga Factory merupakan satu terma baru yang diperkenalkan oleh Tesla pada tahun 2013. Dalam bahasa Greek, Giga membawa maksud Giant (raksasa) dan bagi Tesla ia merupakan satu terma umum bagi menggambarkan keupayaan fasiliti pembuatan mereka dalam menghasilkan kereta berkuasa elektrik dan juga bateri dalam satu fasiliti.

Gigafactory Shanghai merupakan kilang pembuatan Tesla yang pertama dibangunkan di luar Amerika dan merupakan kilang ke 3 mereka dengan nama tidak rasmi Gigafactory 3. Kilang ini terletak di bandar Puding, Shanghai China dan dimilkiki oleh Tesla Hong Kong dengan Elon Musk menandatangani perjanjian pemajakan tanah pada bulan Julai 2018

Berikut ialah fakta pecah kepala berkenaan dengan Tesla Gigafacory Shanghai:

1. Modal berbayar bagi kilang ialah sekitar 2 billion USD dengan kilang ini dimiliki sepenuhnya oleh Tesla Shanghai Inc. Tesla Shanghai dimililki sepenuhnya oleh Tesla Hong Kong. Satu perkara yang menarik di sini ialah kerajaan China tidak campur tangan atau memaksa Tesla bergabung dengan mana-mana syarikat tempatan seperti mana cara konvensional

Kilang berkeluasan 0.85km persegi ini dibangunkan di atas tanah perindustrian seluas 210 ekar yang dipajak oleh Tesla Inc selama 50 tahun dengan bayaran sekitar 150 juta USD

2. Sebaik sahaja mendapat permit memulakan kerja dari kerajaan tempatan Shanghai, Tesla terus memulakan kerja pembinaan pada 29 Disember dengan kerja pembinaan dilakukan oleh China Construction Third Engineering Bureau Ltd. dengan kaedah yang agak luar biasa.

Semua komponen kilang dihasilkan terus di kilang lain secara separa siap (fabricated), dihantar ke lokasi kilang Tesla dan dipasang terus di sana. Ini membolehkan Tesla Shanghai memulakan kerja pecah tanah rasmi pada 7 Januari 2019 dan pada 19 Ogos 2019 kilang ini menerima sijil kelayakan menduduki.

Tesla Model 3 yang pertama siap dipasang pada 30 Disember 2019 dan dihantar kepada pelanggan pertama pada 7 Disember 2020. Bayangkan dalam masa setahun sebuah kilang kereta boleh siap dipasang dan menghantar kereta pertama kepada pelanggan.

3. Tesla Inc. merancang untuk menghasilkan secara purata 3500 kenderaan dalam masa seminggu. Angka ini kemudian meningkat pada penghujung tahun 2020 kepada 8500 kenderaan dalam masa seminggu. Pada tahun 2022, Tesla Shanghai berjaya menghasilkan 710,865 unit kenderaan termasuk untuk varian pemanduan sebelah kanan

4. Ketika memulakan operasi, Tesla Shanghai menggajikan sekitar 2000 pekerja dan angka ini meningkat kepada hampir 19,000 selepas semua kerja kerja renovasi bagi membesarkan lagi operasi kilang siap dilakukan.

Namun apa yang menarik, sebanyak 300 jurutera dari Telsa Shanghai dibawa ke Gigafactory Texas bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti di sana

Anda boleh menonoton video Tesla Giga Press di SINI

5. Sebanyak 1000 unit robot (robotic arm) bersaiz manusia digunakan untuk melakukan semua kerja-kerja yang sukar seperti kimpalan komponen bagi menghasilkan body in white, kerja mengecat di Paint Shop dan juga barisan pemasangan (assembly shop).

Juruteknik akan digunakan bagi kerja kerja yang sukar untuk dilakukan oleh robot tanpa menggangu operasi robot. Pada masa akan datang, Tesla telah bercadang untuk mengurangkan populasi robot bagi meningkatkan kecekapan operasi kilang

6. Sebagai contoh Tesla menggunakan satu robot besar yang dinamakan sebagai high pressure aluminum casting dengan keupayaan sehingga 9000 tonne bagi menghasilkan hanya satu komponen platform lantai. Mesin ini berupaya menghasilkan 1000 unit komponen dalam masa sehari dengan masa pengeluaran hanya 45 saat sahaja

Mesin yang besar ini dihasilkan oleh Idra Research & Consulting berupaya mengurangkan populasi robot daripada 70 robot kepada satu robot sahaja. Sebanyak 300 komponen kenderaan boleh digabungkan menjadi satu komponen yang akan dihasilkan secara aluminium injection

Anda boleh menonton video berkenaan mesin ini di SINI

7. Apa yang dilakukan oleh Tesla ialah mereplika semula Lean Manufacturing seperti yang digunakan oleh Toyota Production System namun dengan menggunakan gabungan juruteknik dan juga penggunaan robot.

Malah jika dilihat pada video yang dihasilkan, berpuluh-puluh lori kontena datang ke kilang ini membekalkan komponen secara Just-In-Time kepada Tesla. Namun Tesla bergantung kepada 2 mantra yang digunakan oleh Elon Musk bagi memastikan operasi kilang berjalan lancar.

Tagline yang digunakan oleh Elon Musk ialah “best part in no part required, best process is no process required”. Jadi Tesla akan memastikan komponen tidak penting tidak digunakan dan proses yang digunakan adalah paling ringkas, efisyen dan berkualiti.

8. Keadaan ini menjadikan Tesla sebagai salah satu syarikat automotif paling untung di dunia iaitu sekitar RM 43,000 bagi setiap unit kereta terjual. Angka ini adalah 5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan syarikat automotif lain di dunia. Keuntungan ini membolehkan Tesla melabur dalam bidang R&D dan kerja renovasi

9. Dengan purata pengeluaran yang menghampiri 3000 unit setiap hari, Tesla Shanghai merancang untuk menghasilkan 1.8 juta kenderaan pada tahun 2023. Jika anda berdiri di depan pintu Assembly Line, sebuah Tesla akan dihasilkan dan dipandu keluar setiap 30 saat. Pada tahun 2022, 50% kereta keluaran Tesla dihasilkan di kilang ini

10. Dalam masa beberapa tahun lagi Tesla merancang untukmenghasilkan satu lagi model kereta elektrik yang lebih murah dengan harga separuh daripada Model 3. Beberapa analisa berita mendapati harga yang akan dijual nanti adalah antara 20 ribu ke 25 ribu USD. (Harga permulaan RM 89,000)

Harga mampu milik ini boleh dicapai apabila Tesla memudahkan proses pembuatan kereta sehingga ia menjadi sangat murah, menjadi sangat ringkas, mengurnagkan risiko kerosakan, meningkatkan kualiti dan melabur dalam teknologi baru pembuatan kenderaan.

Google ads
Back to top button