Buletin

EV TESLA TURUN HARGA, ELON MUSK DAH RANCANG DARI AWAL!

Sesetengah penganalisa berpendapat tindakan Tesla menurunkan harga jualan sesetengah model menujukkan tanda-tanda penurunan permintaan terhadap kenderaan elektrik tersebut.

Namun, data baharu yang muncul menjelang akhir suku pertama tahun ini menujukkan langkah tersebut sebenarnya berjaya meningkatkan pegangan Tesla di dalam beberapa pasaran utama dunia.

Sepanjang bulan Februari, jumlah pendaftaran kereta Tesla di Eropah meningkat kepada 19,249 unit berbanding 12,860 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, Tesla turut menyaksikan peningkatan pegangan pasaran kenderaan elektrik bateri di China, serta kenderaan yang dieksport keluar dari negara itu untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pakar analisis Morgan Stanley, Adam Jonas menjelaskan penurunan harga jualan bukan satu perkara yang aneh, akan tetapi ia adalah satu trend yang disumbangkan oleh beberapa faktor termasuklah kos bateri dan lithium yang semakin murah, serta kecekapan pengeluaran yang semakin meningkat.

Langkah Tesla menurunkan harga jualan bukanlah satu perkara baharu, malah ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada strategi awal Elon Musk sejak dari tahun 2006 lagi!

Dalam Master Plan, Elon menulis bagaimana syarikatnya merancang untuk membina dan menjual kereta yang mahal, dan kemudian menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membina kereta yang lebih murah, dan seterusnya.

Dengan pembukaan kilang Gigafactory baharu di Mexico, Elon berharap agar dapat menurunkan lagi kos pengeluaran sedia ada. – InsideEVs

Google ads
Back to top button