Artikel Pilihan

DAIHATSU SIRION / STORIA GENERASI PERTAMA – INILAH DIA KAPLA KEPADA SEGALA PERODUA MYVI

Perodua Myvi mungkin sudah boleh dianggap lagenda di tempat kita. Malah kita cukup mengenali Daihatsu Sirion / Boon sebagai kembar kepada Perodua Myvi kita. Namun masih ramai yang mungkin tidak mengenali generasi pertama Daihatsu Sirion / Storia (M100) ini.

Daihatsu Sirion atau pun turut dikenali dengan nama Daihatsu Storia (plat nama Sirion ini digunakan khusus untuk pasaran luar manakala Storia ini dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja) adalah model yang diperkenalkan bagi menggantikan model Daihatsu Charade.

Daihatsu Sirion ini mula diperkenalkan ketika Tokyo Motor Show 1997 sebagai NCX Concept Car sebelum produksi penuhnya bermula setahun kemudian sehinggalah ke tahun 2004. Nama kedua Storia ini dipilih berdasarkan perkataan dari Itali yang membawa maksud Story / History. Turut diperkenalkan ketika itu adalah kembarnya, Toyota Duet.

Ketika diperkenalkan, ianya tampilkan dengan rekaan yang sedikit retro, terutamanya kemasan krom pada bampar serta penggunaan lampu utama berbentuk sedikit oval. Secara keseluruhannya, rekabentuk Daihatsu Sirion ini mungkin lebih lembut berbanding rekaan Daihatsu Charade (generasi keempat) kelihatan sedikit berkotak dan lebih macho.

Trenkuasa yang ditawarkan dikala itu adalah EJ-DE yang bersesaran 989 cc. Benar, mungkin kita biasa mendengar kod enjin ini. Enjin yang sama jugalah digunakan terhadap model Perodua Kenari / Kelisa di tempat kita.

Selang beberapa tahun kemudian, pilihan trenkuasa K3-VE 1298 cc turut mula ditawarkan sebagai pilihan untuk mereka yang mahukan lebih kuasa terhadap model Daihatsu Sirion ini. Kedua – duanya turut ditawarkan dengan pilihan kotak gear auto atau pun manual.

Untuk pasaran Australia, varian tertinggi yang dikenali sebagai model GTvi telah diperkenalkan. Ianya dianggap sebagai model NA yang paling berkuasa dalam kelasnya yang mampu menghasilkan kuasa 101 kuasa kuda dan 120 Nm.

Pasaran United Kingdom, varian Sirion Rally4 telah diperkenalkan kepada mereka yang mahukan lebih kuasa di sana. Varian Rally4 ini didatangkan dengan pacuan empat roda dan kuasa enjin telah dipertingkatkan sehingga 109 kuasa kuda dan mampu memecut sehingga ke 100 km/j dalam tempoh 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 185 km/j.

Untuk pasaran Jepun sendiri, varian Storia X4 turut diperkenalkan dengan menggunakan enjin JC-DET 713 cc yang mampu menghasilkan kuasa 118 kuasa kuda. Model ini direkan bertujuan memenuhi proses homologasi perlumbaan kelas 1000 cc.

Pada tahun 2004, Daihatsu Boon telah diperkenalkan bagi menggantikan Daihatsu Sirion / Storia yang ditamatkan pengeluarannya.

BACA : DAIHATSU CHARADE – KENALI AYAHANDA MYVI INI

BACA : SUBARU JUSTY – EH! DAIHATSU SIRION/PERODUA MYVI KE NI?

Google ads

B K

Back to top button