
SATU PESANAN DARI TESLA CUKUP KAYAKAN SYARIKAT PEMBEKAL JADI RM3.5 BILION
Kita boleh beranggapan bahawa kenderaan Tesla sering mempunyai masalah, namun tidak dapat dinafikan bahawa permintaan untuk Tesla juga semakin bertambah.
Maka, Tesla perlu mendapatkan bekalan komponen, bateri dan sebagainya dari pengeluar bagi memastikan tiada masalah alat ganti ketika menyiapkan kenderaan jenama itu.
Menurut Bloomberg, satu pesanan daripada Tesla sudah cukup membuatkan sesebuah syarikat memperolehi kekayaan ratusan juta dolar.

Saham L&F misalnya, sebuah syarikat katod berpangkalan di Korea Selatan melonjak 82 peratus tahun ini selepas ia mendapat pesanan sebanyak AS$2.9 bilion (RM12.8 bilion) daripada pembuat kereta AS itu.
Ini bermakna keluarga Jae-hong, pemilik saham dalam firma bahan bateri, kini mempunyai saham bernilai lebih AS$800 juta (RM3.5 bilion).
Penguasaan Tesla dalam industri kenderaan elektrik mencetuskan perang harga untuk meningkatkan permintaan. Hasilnya, Tesla berjaya merekod penghantaran suku pertama yang meningkat 36 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, Tesla merupakan salah satu syarikat berprestasi terbaik dalam indeks Nasdaq Composite, meningkat kira-kira 73 peratus pada tahun ini.
Saham syarikat pembekal komponen atau bahan kenderaan elektrik turut melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai contoh, pengerusi syarikat kimia Kumyang Co, Ryu Kwang-ji, di mana pegangan sahamnya dalam Tesla meningkat kepada AS$1.4 bilion (RM6.2 bilion) selepas harga saham melonjak lebih daripada 1,600 peratus pada tahun lalu.