Buletin

EMOS BUKA PUSAT 4S KAWASAKI ALL STAR DI SHAH ALAM

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini membuka pusat 4S, KAWASAKI Shah Alam secara rasmi.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KAWASAKI Shah Alam, Dato’ Chear Kin Keong, sementara EMOS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran, George Kashiwagi.

Dengan jumlah kehadiran seramai 700 orang, acara ini menandakan satu lagi kejayaan penting bagi EMOS dan KAWASAKI setelah melancarkan Modenas Vulcan S ke pasaran.

“Melihat sekitar KAWASAKI Shah Alam, saya mendapat inspirasi bahawa ia akan menjadi platform bagi komuniti KAWASAKI untuk mendapatkan pelbagai produk inovatif KAWASAKI,” kata Roslan.

KAWASAKI Shah Alam merangkumi empat aspek perniagaan iaitu jualan, alat ganti, servis dan bilik pameran.

Pusat 4S itu juga dikategorikan sebagai KAWASAKI All Star yang membolehkan peminat motosikal menemui semua barisan model terkini KAWASAKI.

Produk yang disediakan di KAWASAKI All Stars pasti dapat memuaskan hati pelanggan, selain menekankan aspek paparan serta reka bentuk bilik pameran.

“Dengan kata lain, ia memberi mereka ‘pengalaman Kawasaki’, sekali gus memenuhi budaya minat dunia permotoran,” jelas George.

Google ads
Back to top button