
EDARAN MODENAS DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR RASMI MOTOSIKAL KAWASAKI
Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat dan pengedar Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), telah dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa hari ini (1 Oktober 2021).
Pelantikan itu melibatkan pengedaran bagi semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori, dan maklumat khidmat pelanggan. Tidak ketinggalan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti ‘recall’ jika
diperlukan.
Bagi melancarkan lagi proses ambil alih, EMOS akan menjalani tempoh peralihan selama enam bulan yang dibantu oleh KMSB Motors Sdn. Bhd.
Sepanjang tempoh tersebut, pemilik motosikal Kawasaki masih boleh mengunjungi mana-mana wakil pengedar atau stokis Kawasaki bagi pembelian serta pertanyaan alat ganti dan perkhidmatan teknikal. Sebarang perubahan atau perkembangan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Semalam, Mekanika melaporkan bahawa KMSB tidak lagi akan mengedar motosikal Kawasaki di Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober selepas 33 tahun. Syarikat itu dikhabarkan bakal mengedar motosikal jenama Jepun yang lain pula selepas ini.
- BACA: KMSB TIDAK LAGI EDAR MOTOSIKAL KAWASAKI BERMULA 1 OKT 2021. TUKAR NAMA KEPADA KMSB MOTORS SDN BHD
- BACA: NAK LEPASKAN KAWASAKI VERSYS 650 DEMI PALESTIN
- BACA: MODENAS PULSAR NS200 2021 TERIMA 3 WARNA BAHARU. HARGA SAMA, BERMULA RM9,655
- BACA: MODENAS LANCAR DOMINAR D400 FACELIFT. ABS 2 SALURAN, FORK USD, BERMULA RM14K