Motosikal

MODENAS AKAN MULA PASANG DAN IMPORT MOTOSIKAL KAWASAKI

Menerusi ekuiti yang lebih besar dalam MODENAS, KAWASAKI akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi di MODENAS dan bukan sekadar sebagai pemegang saham.

Dengan berakhirnya tempoh peralihan, MODENAS akan mula memasang model Kawasaki terpilih. Pada masa sama mengimport model dengan enjin yang lebih besar untuk menjangkau pasaran yang lebih luas.

“Bersama-sama ahli berpengalaman dari KMC, kami dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran Yusaku Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS secara rasmi. Kami semua cukup bersemangat untuk menghidupkan kembali jenama KAWASAKI di Malaysia yang sudah mempunyai sejarah lebih 30 tahun di sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

MODENAS dan KAWASAKI telah mempunyai sejarah yang panjang bersama. Ia bermula sejak koloborasi mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996. Bertitik tolak dari situ, MODENAS terus mengumpul pengikut setia dari seluruh negara mahupun di pasaran antarabangsa.

Sejak sedekad lalu, pasaran Malaysia telah berubah secara mendadak apabila permintaan terhadap motosikal semakin tinggi. Bukan sahaja untuk keperluan harian, malah produk yang memberi keseronokan kepada kehidupan mereka.

“Bersama MODENAS, kami yakin produk KAWASAKI yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia pengalaman menunggang hebat yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.

“Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama KAWASAKI. Jangan hilangkan semangat KAWASAKI dan Let The Good Times Roll,” kata Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi.

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal KAWASAKI, tetapi turut mengedar alat ganti dan aksesori di Malaysia.

Selain itu, EMOS akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggilan semula.

Seterusnya bagi semua jualan motosikal KAWASAKI, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah KAWASAKI terpilih seperti senarai di bawah.

Untuk pertanyaan, pemilik motosikal KAWASAKI boleh menghubungi WhatsApp KAWASAKI Careline di talian: 019-570 8135

Google ads
Back to top button