Buletin

ENJIN 1.5 TSI ACT BLUEMOTION VOLKSWAGEN – MIKRO HIBRID, JIMAT SEPERTI ENJIN DIESEL

Volkswagen baru-baru ini memperkenalkan sebuah enjin petrol baharu yang didakwa memiliki penjimatan sama seperti enjin diesel.

Dikenali sebagai 1.5 TSI ACT Bluemotion, enjin berkuasa 130PS itu ia dipasang pada model Golf.

Ciri Active Cylinder Technology (ACT) dipasang sebagai ciri standard ke dalam enjin Bluemotion ini. Ia berfungsi mematikan dua silinder tengah ketika enjin tiada beban dan bergerak pada kelajuan kurang 130km/j.

Fungsi Eco Coasting yang dipadankan dengan kotak gear DSG membolehkan Golf dikelaskan sebagai micro-hibrid. Sistem pengurusan enjin itu akan mematikan enjin supaya tenaga kinetik tidak dibazirkan begitu sahaja.

Menurut Volkswagen, sistem itu mengurangkan penjimatan bahan api sehingga 0.4l/100km. Sistem mikro hibrid menggunakan sistem elektrikal 12V dan bateri lithium-ion kompak untuk membekalkan tenaga elektrik ketika enjin dimatikan.

  

Enjin tersebut menawarkan penggunaan bahan api sekitar 4.8l/00km dan emisi 110 gram CO2. Sedangkan enjin 1.4 TSI yang berkuasa 125hp menggunakan bahan api 5.3l/100km dengan emisi CO2 120gram.

Enjin baharu itu turut menampilkan pengecas turbo dengan geometri aktif yang biasanya boleh dilihat pada kereta sports berprestasi tinggi. Injap-injap kemasukan dibuka dalam tempoh lebih pendek di dalam enjin kitaran TSI Miller, sementara Variable Turbine Geometry (VTG) digunakan untuk memberi tekaan boost yang lebih baik.

Dengan adanya VTG, ia mampu mengubah suai output di dalam turbin. Jadi, penggunaan bahan api lebih jimat dan enjin semakin responsif.

Jika dinilai dengan enjin diesel 1.6 TDI, ia 0.7 liter lebih jimat tanpa sebarang teknologi penjimatan minyak, tetapi harganya jauh lebih mahal.

Selepas Golf, Volkswagen dijadual menawarkan enjin baharu itu ke lebih banyak model di pasaran global. Golf dengan enjin 1.5 TSI ACT Bluemotion kini sudah ada di Eropah. 

Tags
Google ads
Back to top button